Siakap Keli

Akibat ‘Restart’ Permainan Mobile Milik Suami, Wanita Ini Tak Sangka Dimarahi Dan Diceraikan

Seorang wanita berusia 25 tahun berasal dari China menjadi mangsa penceraian akibat ketagihan suaminya terhadap permainan video mobile.

Biarpun kedua-dua pasangan ini pada asalnya merupakan pemain tegar permainan ‘Arena of Valor’, namun keadaan berubah buat isterinya selepas mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh dua tahun melalui alam perkahwinan, bagaimanapun lelaki si suami yang juga berusia 25 tahun masih setia dengan minatnya. Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan si isteri kerana suaminya tidak memberi tumpuan kepada rumah tangga.

Malah, wanita ini juga pernah dikritik dan dimarahi oleh suaminya gara-gara permainannya yang dikatakan amatur dan tidak mempunyai kemahiran yang hebat.

 

Bermula daripada situlah, si suami mula keluar daripada rumah dan mencari rakan-rakannya kembali yang mempunyai skill lebih baik ketika bermain.

Isteri kemudian berusaha menegur dan meminta si suami berubah dan tidak lagi pulang hingga lewat pagi, namun segala usahanya tidak membuahkan hasil.

Kerana tidak tahan lagi dilayan teruk, wanita berkenaan suatu hari bertindak membuka telefon bimbit suaminya yang ketika itu sedang lena tidur.

Wanita itu kemudian bertindak membuka permainan yang digemari suaminya sebelum menjual semua pencapaian dalam permainan yang dimiliki si suami dan menghidupkan semula permainan daripada tahap paling rendah (restarting).

Keesokkan harinya, perbuatan wanita berkenaan terbongkar ketika si suami mahu bermaian permainan dan mencetuskan kemarahannya.

 

Di depan ibu dan ayahnya, lelaki berkenaan bertindak menghalau si isteri daripada rumah dan mengisytiharkan dirinya mahu berpisah dengan wanita tersebut.

Bercakap kepada akhbar, si siteri memberitahu bahawa dia tidak berharap suaminya berubah daripa tabiat dan ketagihan terhadap permainan video mobile.

Wanita berkenaan juga yang kini telah kembali ke China hanya menumpukan kepada proses untuk mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Suami berkenaan dilaporkan berasal daripada Kuala Lumpur.

Sumber: Oriental Daily

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.