Siakap Keli

Detik Cemas Kanak-Kanak Terkena Renjatan Elektrik, Tapak Tangan Melekat Di Tiang Lampu

Viral di media sosial seorang kanak-kanak lelaki terkena renjatan elektrik di tiang lampu di sebuah villa di Indonesia.

Video tersebut telah dimuat naik saksi kejadian pada Sabtu lalu sehingga mendapat perhatian netizen.

Dalam rakaman tersebut menunjukkan orang ramai dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak itu yang sepertinya sudah lemah sambil tangan sebelahnya tidak dapat melepaskan tiang lampu tersebut.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan masih basah dan meniarap di atas tanah.

Walau bagaimanapun, seorang pengunjung yang melalui kawasan itu menyedari keadaan kanak-kanak tersebut dan dengan serta merta memanggil orang ramai untuk menghulurkan bantuan.

Bahkan ada juga suara para ibu yang terkejut sambil berteriak meminta agar kanak-kanak itu diselamatkan dengan segera.

“Pak, cepat pak tolong.  Cepat,” kata salah seorang wanita.

Dengan bantuan orang sekeliling, tubuh kanak-kanak itu berjaya ditarik menjauhi tiang lampu.

Kanak-kanak itu dikatakan selamat dan melalui akaun yang memuat naik video tersebut, individu tersebut menyarankan ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan prihatin akan aktiviti anak-anak untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti itu berlaku lagi.

Sumber: Tribunnews

Nur Farra