Siakap Keli

“Dia Tarik Pemegang Dan Ketuk Kereta Bila Saya Tak Buka Pintu” Wanita Ini Kongsi Detik Diugut Lelaki Tidak Dikenali

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menurut kajian, jenayah yang berlaku di negara ini mencatatkan peningkatan yang selari dengan peningkatan penduduk bandar. Malah kadar jenayah juga dianggarkan meningkat 2.6 peratus setiap tahun. Ia sebenarnya turut dipengaruhi oleh proses untuk memenuhi keperluan dan kehendak untuk membina kehidupan.

Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa perlakuan negatif ini. Individu juga harus cakna dengan setiap tingkah laku dari pihak yang tidak dikenali. Terbaru, satu hantaran di facebook telah tular setelah dikongsi lebih 11 ribu orang.

Gambar : Pearl Wan madiah

Pearl Wan Madiah telah memuat naik status yang menceritakan detik cemas di mana seorang lelaki tiba-tiba muncul dan menyuruhnya untuk keluar dari kereta. Ketika beliau enggan menuruti permintaan lelaki asing tersebut, lelaki itu telah bertindak menaik pemegang pintu kereta.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut mengetuk-ngetuk kereta dan mendakwa bahawa kereta tersebut adalah miliknya yang telah dicuri. Wan Madiah cuba untuk menghubungi suaminya namun gagal, lalu beliau menghubungi salah seorang ahli jawatankuasa perumahannya untuk meminta bantuan.

Lelaki itu menyatakan bahawa dirinya seorang peguam namun berdalih ketika diminta untuk mengemukakan bukti.

Gambar : Pearl Wan madiah

Wan Madiah menjelaskan lagi bahawa lelaki berkenaan mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah.

Di akhir post Wan madiah, beliau menasihati masyarakat supaya berhati-hati walau di mana pun mereka berada kerana sesungguhnya malang itu tidak berbau.

Sumber : Pearl Wan Madiah 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.