Siakap Keli
Gambar : Dailymail UK

Gajah Digelar ‘Haiwan Paling Sedih Dalam Dunia’ Akhirnya Mati Setelah 43 Tahun Bersendirian Dalam Kurungan

Melihat matanya yang memandang, penuh dengan kesedihan. Mungkin kerana penderitaan yang terlalu lama ditanggung oleh gajah ini sehingga diberi gelaran sebagai ‘haiwan paling sedih dalam dunia.’

Namun, setelah dikurung lebih dari empat dekad, gajah yang dikenali sebagai Flavia itu mati minggu lalu pada usia 47 tahun di sebuah zoo di selatan Sepanyol.

Gambar : Dailymail UK

Difahamkan, Flavia telah menghabiskan sisa hidupnya selama 43 tahun dengan tinggal bersendirian dalam kandangnya di zoo berkenaan.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi haiwan telah membuat beberapa percubaan untuk memindahkan gajah itu ke habitat asal untuk bersama dengan gajah lain, namun cubaan mereka gagal.

Gambar : Dailymail UK

Memburukkan keadaan, kesihatan Flavia semakin meruncing sejak beberapa bulan lalu dengan haiwan ini dikatakan menderita tekanan kerana dikurung sendirian terlalu lama.

”Sejak enam bulan lalu, keadaan fizikal Flavia semakin merosot, tetapi menjadi semakin teruk terutamanya dua minggu lalu,’‘ kata Amparo Pernichi, anggota majlis perbandaran di Bandar Cordoba.

Ujar beliau lagi, Flavia juga dianggap sebagai ikon untuk bandar itu dan haiwan ini pastinya sangat dirindui oleh mereka.

Sumber : Dailymail UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.