Siakap Keli
Gambar: Getty images

Kahwinkan Anak Berusia 3 Tahun, Mas Kahwin Digunakan Untuk Membeli Makanan

Sanggupkah anda nikahkan anak anda yang baru berusia 3 tahun demi sekampit beras? Pastinya anda akan merasa pelik serta beranggapan bahawa sesiapa yang berbuat seperti itu pastinya sudah hilang akal. Sungguh pun begitu, perkara ini benar-benar terjadi didalam dunia yang kita huni ketika ini.

Sedang kita mengeluh tentang kekurangan dan kepenatan kita selepas seharian membanting tulang demi sesuap nasi, ketahuilah bahawa ramai lagi insan lain yang hidup didalam serba kekurangan, ditindas serta terdesak bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini.

Realiti ini benar-benar berlaku di kebanyakan negara timur tengah yang sedang dilanda perang. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa bersyukur dikurniakan negara yang aman damai serta harmoni.

Sedang anak-anak kita ataupun adik-adik kita teruja menceritakan tentang keseronokan mereka seharian di sekolah apabila baru pulang dari sekolah, kanak-kanak di Yemen lain pula nasibnya.

Di Yemen, peperangan telah memaksa rakyatnya hidup dalam keadaan yang cukup terdesak serta ramai yang lari meninggalkan negara mereka sendiri

Menurut charity Oxfam, akibat terdesak daripada kesempitan hidup yang dilalui oleh rakyat Yemen, ada ibu bapa di Yemen terpaksa mengahwinkan anak mereka yang baru berusia 3 tahun kerana tidak mampu membesarkannya.

Kebuluran telah menjadi salah satu faktor yang membuat mereka tiada pilihan lain selain mengahwinkan anak gadis mereka yang masih belum cukup umur bagi mendapatkan wang hasil dari mas kahwin untuk digunakan membeli barang-barang makanan.

Ana (bukan nama sebenar) yang berumur 9 tahun dan berasal dari Amran ketika ditemu bual menyatakan bahawa dia terpaksa berhenti dari sekolah selepas dikahwinkan dengan seorang lelaki yang lebih berusia oleh bapanya.

“Ibu mentua saya selalu memukul saya, dan apabila saya lari ke rumah ayah, saya dipukul kerana melarikan diri”, katanya.

“Saya tidak mahu berkahwin, saya hanya mahu pergi ke sekolah”, tambahnya lagi.

Selain dari itu, ibu bapa Ana turut mengahwinkan seorang lagi anaknya yang berusia 3 tahun kerana terdesak untuk meneruskan hidup. Mereka sedar bahawa mengahwinkan anak-anak mereka di usia yang begitu muda adalah salah, namun mereka tiada pilihan lain.

Merujuk pada laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dua per tiga gadis di Yemen berkahwin sebelum usia mereka mencecah 18 tahun. Konflik yang berlarutan sehingga mencecah 5 tahun itu dilaporkan telah memaksa kebanyakan keluarga mengahwinkan anak mereka di usia muda.

PBB juga menyifatkan bahawa peperangan di Yemen merupakan krisis kemanusiaan yang paling teruk apabila lebih 10 juta orang rakyatnya dijangka mengalami risiko kebuluran.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di