Siakap Keli

Kanak-kanak Yang Dilaporkan Hilang Akhirnya Ditemui Mati Di Dalam Hutan

Kanak-kanak hilang, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang didakwa dilarikan teman lelaki ibunya beberapa hari lalu rupanya sudahpun meninggal dunia dan mayatnya berjaya ditemui pihak berkuasa di kawasan berdekatan Gunung Raya di Langkawi, Kedah.

Menurut laporan BERNAMA, mayat mangsa ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi setelah suspek utama yang ditahan sebelum ini membawa pihak berkuasa ke lokasi berkenaan.

Nur Aisyah sebelum ini dijaga oleh sepasang suami isteri sejak akhir bulan lepas sebelum pasangan tersebut menghilangkan diri.

Pihak polis yang menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun kemudian menjalankan gerakkan mengesan pasangan suami isteri itu yang masing-masing berusia 37 dan 40 tahun.

Kedua-dua berjaya ditahan polis di Ampang, Selangor bagi membantu siasatan.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.