Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kementerian Pendidikan Malaysia Umum Tarikh Keputusan SPM 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan pada Khamis, 14 Mac ini.

”Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

”Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 20 Mac 2019.

”Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppatnispe.gov.my/semakan,” kata kenyataan tersebut.

SPM 2018 melibatkan calon seramai 421,706 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 362,754 orang merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Manakala 9,427 orang pula merupakan calon agensi kerajaan selain KPM. 8,160 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 2,059 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, 14,001 calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dan 25,305 calon persendirian.

Sumber: KPM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.