Siakap Keli

Khazanah Pertimbang Mahu Jual Legoland Malaysia Resort

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, pemilik Legoland Malaysia Resort iaitu khazanah Nasional Bhd masih menimbangtara sama ada mahu menjual atau tidak tempat tersebut.

Legoland merupakan taman tema Lego pertama di Asia. Ia mempunyai keluasan kawasan menyamai 50 buat padang bola spak. Dikatakan lebih 15,000 model lego yang diperbuat dari 60 juta batu bata.

Seperti yang diketahui, taman tema itu teletak di selatan negeri Johor. Ia dimiliki oleh Khazanah dan dioperasikan oleh Merlin Entertainments Plc.

Gambar : Legoland Malaysia

Menurut satu sumber yang tidak didedahkan, taman tema popular di Johor itu berkemungkinan bernilai sekitar $245 million iaitu bersamaan RM 1 bilion. Tambah somber itu lagi, Khazanah mendapati tempat Legoland merupakan satu pelaburan yang berpotensi menjadi aset bukan teras.

Namun, sehingga kini mesih tiada maklum balas tentang keputusan muktamat berkaitan perkara ini. Wakil dari pihak Khazanah juga masih belum membalas atau memberikan respon.

Sumber : Bloomberg  

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.