Siakap Keli

“Kita Muda-Muda Ni Terlalu Nak Enjoy, Padahal Kematian Tu Tak Kenal Umur” Doktor Ini Dedah Pengalamannya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Saban hari kita dengar, lihat dan baca tentang insiden suka mahupun duka yang terjadi kepada masyarakat mahupun orang disekeliling kita. Malah yang lebih menyayat hati adalah kejadian yang melibatkan kematian. Sama ada kita kenal atau tidak individu tersebut, kita akan turut terasa sayu seolah-olah merasai kesedihan yang sama.

Tapi semua itu mungkin hanya untuk seketika. Kerana masih ramai yang belum sedar bahawa kematian itu datang secara mengejut tanpa mengira umur atau pangkat. Tiada siapa pun yang dapat lari hatta mengelak darinya sebab tiada yang tahu waktu atau tarikh ajalnya.

Gambar Hiasan

Seorang doktor di Hospital Shah Alam, Faiz Mashood telah memuat naik pengalamanya berkaitan isu ini. Post tersebut telah dikongsi lebih dari 10 ribu pengguna facebook. Berikut Adalah perkongsiannya :

Kematian tak kenal umur

” Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenar nye hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha. ”

Kat ed ni macam2 jenis kematian ada.

24 tahun sampai-sampai nadi dah takda

” Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself.”

Baby baby 1 year old sawan sampai sejam tak berhenti-henti

” Terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well.”

Gambar Hiasan

Baby 5 months old datang unconscious

” Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2.”

Pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong

” Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je.”

Pakcik 60 tahun unconscious

” Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bunuh diri.”

Adik 16 tahun

” Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death.”

Gambar Hiasan

Kita ni muda-muda terlalu nak enjoy

” Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepastu 24 h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc ”

” So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik.”

” Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji takdtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.”

” Selamat malam kawan2. Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat. ”

Sumber : Faiz Mashood

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.