Siakap Keli

lelaki Miliki Senjata Api Tanpa Lesen Tertembak kemaluannya Sendiri

Seorang lelaki telah dikejarkan ke Hospital Kerajaan Marion, Indiana kerana tertembak bahagian sulitnya. Mangsa kejadian itu, Mark Antony Jones (46 tahun) telah dimasukkan ke wad kecemasan akibat self-inflicted.

Peristiwa Malang itu terjadi sewaktu Jones berjalan di lorong pejalan kaki berdekatan kabin Girl Scout. Pistol yang disisipkan di bahagian pinggangnya itu ‘terluncur’ keluar sedikit.

Lalu apabila cuba untuk membetulkan kedudukan pistol, Jones secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan dan terkena pada bahagian kemaluan dan skrotumnya.

Pegawai polis mengatakan bahawa Jones tertembak dirinya sendiri dengan menggunakan Pistol tangan Hi-Point 9mm.

Pistol Tangan Hi-Point 9mm (Gambar : Youtube)

Kes ini di bawa ke pejabat pendakwaraya Grant County untuk ditentukan sama ada akan dijatuhi hukuman atau tidak. Hal ini berikutan keadaan mangsa yang tidak mempunyai permit untuk menyimpan senjata api.

Sumber : Indipendent.co.uk

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di