Siakap Keli

Menonton TV Terlalu Kerap Boleh ‘Mereputkan’ Memori Golongan Tua

Menonton terlalu banyak television boleh membuatkan penonton lalai sehingga terlupa dan tertangguh untuk melakukan aktiviti lain. Secara purata, masyarakat Malaysia menggunakan lima hingga lapan jam sehari semata-mata untuk menonton television. Ini bukan terjad kepada golongan kank-kanak bahkan terjadi juga kepada golongan dewasa dan orang tua. Tapi tahukan anda, kajian menunjukan bahawa untuk golongan diatas 50-an, menonton television terlalu kerap akan mereputkan memori mereka sendiri?

Secara teknikal kajian yang dilakukan oleh English Longitudinal Study of Aging (ELSA), hal ini terjadi kerana penurunan ingatan verbal yang dikaitkan dengan menonton rancangan dari kaca television dengan jumlah masa tertentu dari masa ke semasa. Kajian ini menjelaskan dengan lebh lanjut lagi bahawa dengan menonton lebih 3.5 jam sahaja sehari boleh mendatangkan kesan buruk kepada penonton yang berusia lebih 50-an.

Kajian ini dilakukan keatas 3,590 orang peserta yang berumur 50 tahun ke atas pada tahun 2008-2009. Kajian ini dilanjutkan selama enam tahun kemudian untuk melihat keputusan kajian. Kajian ini dibahagikan kepada lima kumpulan berdasarkan tabiat menonton mereka iaitu; 2.5 jam sehari, 2.5-3.5 jam sehari, 3.5-4.5 jam sehari, 4.5-7 jam sehari dan lebih dari 7 jam sehari. Kajian ini juga menganalisis demografi beberapa pandangan yang lebih menarik mengenai perwatakan peserta iaitu; wanita menonton lebih banyak rancangan menarik, begitu juga golongan tunggal dan mereka dari golongan bersosio rendah.

Namun secara keseluruhan, kajian ini adalah untuk melihat kesan dan akibat otak mereka yang menonton television terlalu lama. Kajian ini mengkaji dua jenis kognisi tertentu, iaitu kelancaran semantik (diuji dengan memikirkan sebanyak mungin haiwan dalam masa satu minit) dan dan ingatan lisan (diuji dengan mengingatkan sebanyak mungkin perkataan dari senarai yang disebutkan).

Hasil dari keputusan kajian yang dilakukan menunjukan mereka yang menonton television melebihi 3.5 jam sehari dikaitkan dengan ingatan lisan yang lebih buruk. Walaupun ada yang menyumbang kepada faktor-faktor demografik lain, namun semuanya lebih menjerumus dan mencadangkan bahawa mereka yang kerap dan lebih lama menonton television dengan jangka masa lama berakhir dengan otak yang lebih buruk.

Secara kesimpulan dari dapatan kajian, para doktor dan saintis terlalu banyak memberikan penekanan mengenai kesan buruk kanak-kanak akibat menonton television terlalu lama namun kurang menekankan keburukan mereka yang berusia yang kerap menonton television. Television menggabungkan ransangan berbilang sensori yang engit dan panta. Ia ibarat otak anda mendapat senaman namun badan penonton kekal diam. Ini interaksi “amaran-pasif” yang dapat menimbulkan sejenis tekanan kognitif yang akhirnya menafikan kemahiran ingatan lisan penonton. Dengan kajian ini juga, para doktor dan saintis lebih menggalakan golongan tua dan berusia mencari hobi yang sesuai dan selamat seperti mengambil sebuah buku dan membaca dengan perlahan di suasana tenang ataupun bermain chese.

Sumber:

http://blogs.discovermagazine.com/d-brief/2019/02/28/too-much-tv-bad-hurts-aging-brains/#.XH3tM_kzbIU 

https://www.nature.com/articles/s41598-019-39354-4 

https://www.who.int/features/qa/72/en/

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia