Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu Atap Jenis Asbestos Sekiranya Rosak Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Kanser

Jika semalam kami berkongsi penulisah oleh Public Health Malaysia mengenai tompokkan debu pada dinding yang sebenarnaya adalah kulat yang boleh menyebabkan batuk, kali ini mengenai risiko penggunaan atap jenis asbestos pula.

Menurut Public Health Malaysia, atap ini sekiranya rosak seperti pecah boleh meningkatkan risiko penyakit kanser mesothelioma terutama buat mereka yang terlibat secara langsung menguruskan bahan binaan tersebut.

Nak tahu lebih lanjut kaitan atap jenis asbestos ini dengan penyakit kanser dan cara pencegahannya, jom baca perkongsian tersebut di bawah.

Lihat kawasan rumah anda. Selalu kan anda nampak atap bumbung ini di kawasan rumah anda? Ianya juga bersepah di tepi jalan, tempat pembuangan sampah, dan kadang-kadang di taman permainan kanak-kanak. Adakah anak kita terdedah dengan atap ini?

Ini namanya bumbung atap asbestos.

Dulu kebanyakan rumah dan kilang memang menggunakan atap ini kerana ianya murah dan sejuk. Namun selepas asbestos diketahui penyebab kanser mesothelioma, ianya telah kurang digunakan dan dihasilkan. Malah ada negara telah mengharamkan penggunaannya namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru.

Jika atap ini tidak diusik, risiko untuk dapat cancer sangat rendah. Namun jika ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, anda berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Sebutir debu cukup untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Apa yang anda boleh buat untuk pencegahan adalah:

1. Jika anda gunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.

2. Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.

3. Jika anda nampak di Kawasan rumah/perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa temptan anda dengan segera untuk proses pelupusan. Jangan BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.

4. Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.

5. Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.

Sumber: Public Health Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.