Siakap Keli
Gambar: JeremyIsaacLee

Gabungan Unik Seni Bina, Budaya Dan Alam Semula Jadi, Taiping Diiktiraf Antara 3 Bandar Terbaik Dunia

Bandar kedua terbesar di Perak, iaitu Taiping memasuki senarai Sustainable Top 100 Destination dalam kategori Best Cities ditempat ke-3.

Berita tersebut dikongsikan oleh Majlis Perbandaran Taiping melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi agensi kerajaan tempatan tersebut.

”Seperti yang telah diumumkan pada bulan Disember tahun lalu, Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi lestari 2018 oleh Green Destinations bagi mengiktiraf usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan industri pelancongan yang lebih bertanggungjawab terutama bagi kelestarian alam sekitar.

”Pengiktirafan tersebut adalah bagi tahun 2018 hingga 2020,” kata kenyataan tersebut itu lagi.

Menerusi kenyataan yang media yang dimuat naik oleh pihak penganjur, Green Destination di laman rasminya, Taiping menjadi satu-satunya lokasi dalam Malaysia yang berjaya memasuki senarai tersebut.

Mendahului Taiping adalah Kota Ljubljana (Slovenia) di tempat pertama dan Vancouver (Kanada) di tempat ke-2.

Selain kategori Best Cities, majlis anugerah berprestij yang dianjurkan di Berlin, Jerman semalam itu turut mempertandingkan kategori antaranya Best of Nature, Best of Communities & Culture dan Best of Ecotourism.

Antara lain kelebihan-kelebihan Bandar Taiping menurut pihak penganjur adalah mempunyai elemen-elemen alam semula jadi yang sangat indah seperti gunung-ganang, kawasan tasik dan hidupan liar.

Sumber: Majlis Perbandaran Taiping, Sustainable Top 100

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.