Siakap Keli

Kes Hina Nabi : Polis Tahan Pemilik Akaun Twitter @alvinchow333

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menahan pemilik akaun Twitter, @alvinchow333 kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dalam satu kenyataan malam ini,  berkata suspek berumur 43 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum lain.

“Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok,” katanya.

Mohamad Fuzi juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum di negara ini.

Semalam, tiga individu ditahan dan seorang lagi masih diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.

Sehingga kini, polis menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan membuka 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam.

Di SEREMBAN, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter terbabit kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Laporan polis itu dibuat Ketua Armada Negeri Sembilan, Muhammad Azim Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini kira-kira 9 malam tadi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.