Siakap Keli

Lelaki Jumpa Helang Ada GPS, Rekod Perjalanan Tunjuk Ia Elak Terbang Di Laut Caspian Dan Laut Merah

Seorang lelaki muda bernama Fahd Qash dari wilayah Jizan, Arab Saudi menjumpai sesuatu yang tidak dijangka semasa sedang berjalan di salah satu kawasan pergunungan di Timur Tengah.

Menariknya, semasa perjalanan itu dia telah menjumpai seekor burung helang yang telah mati tetapi mempunyai alat penjejak yang diletakkan di lehernya.

Lelaki itu kemudian cuba mencabut alat penjejak tersebut dan mendapati ia mempunyai emel berserta nombor siri.

Ternyata, peranti ataupun GPS itu diletakkan kepada burung itu sebagai satu eksperimen yang dijalankan para saintis di Kazakhstan mengenai penghijrahan burung tersebut dan sebanyak 20 ekor helang telah terlibat.

Tanpa disangka, helang tersebut telah mengembara di banyak tempat kecuali kawasan laut.  Para saintis turut hairan memikirkan sebab mengapa mereka mengelakkan diri daripada terbang ke perairan Laut Caspian dan Laut Merah,

Pasukan penyelidik yang menggelarkan diri mereka ‘English Bird’, sebelum ini telah menjejaki lebih 16 ekor helang yang mempunyai jarak terbang harian sejauh 355km, iaitu jarak paling lama dikesan.

Mereka juga mencatatkan bahawa melalui kitaran tahunan yang lengkap, helang menghabiskan sekitar 31.5% di kawasan musim sejuk, 41.9% di kawasan pembiakan dan selebihnya 26.6% pada penghijrahan.

Statistik serta peta, sekali lagi membuktikan bahawa helang adalah makhluk yang sentiasa bergerak dan berhijrah di kebanyakan destinasi untuk meneruskan hidup.

Sumber: Boredpanda

Nur Farra