Siakap Keli

“Nasib Baik Tergerak Hati Nak ‘Check’,” Wanita Dedah Detik Cemas Diselit 4 Bungkus Tuala Wanita ‘Misteri’ Dalam Beg Di Lapangan Terbang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bidang pelancongan merupakan salah satu industri yang membawa keuntungan besar kepada kebanyakkan negara di seluruh dunia. Menurut kajian yang dilakukan, kadar kedatangan pelancong meningkat dari tahun ke tahun.

Semua negara di Asia, Eropah mahupun Timur Tengah menggalakkan aktiviti pelancongan.Perkara ini disokong oleh Pertubuhan Pelancong Dunia (WTO) yang menyatakan bahawa di Mesir, kedatangan para pelancong berganda pada tahun 2017.

Jika melihat kepada trend sekarang, masyarakat gemar untuk berkunjung ke kawasan yang tular dan berkongsi saat itu dengan rakan-rakan di media sosial. Memang seronok melancong, boleh melihat budaya dan adat di tempat orang.

Namun apa yang lebih penting adalah faktor keselamatan sebelum, semasa dan selepas kita travel.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh Husna Nabilah Shukeri, beliau berkongsikan pengalamannya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA)

Husna menyatakan bahawa satu peristiwa pelik telah menimpa dia dan keluarga sewaktu mahu berangkat ke Melbourne, Australia. Setelah transit dari hotel di kawasan KLIA, beliau bercadang untuk terus ke pintu pelepasan antarabangsa.

Gambar : Husna nabilah Shukeri

Seperti biasa, beliau akan menyatukan kesemua barangnya supaya lebih mudah dibawa. Semasa Husna memeriksa semula barang yang dibawanya, beliau terkejut apabila mendapati ada 4 bungkus tuala wanita.

Melihat kepada jenama pad berkenaan, ternyata ia bukan milik Husna. Lalu, untuk memastikannya, Husna menelefon adik beradiknya. Namun tiada seorang pun yang mengakui ia kepunyaan mereka.

Gambar : Husna nabilah Shukeri

Ketika bergegas masuk ke pintu perlepasan, Husna dan suaminya nekad  untuk membuang 4 bungkusan mencurigakan itu.

Gambar : Husna nabilah Shukeri

Tiba di Melbourne, mereka berdua terimbas kembali tentang insiden tadi. Walaupun tidak mengetahui isi di dalamnya. Mereka bersyukur kerana bertindak pantas membuang bungkusan berkenaan dan tiada perkara yang kurang elok terjadi kepada mereka.

Gambar : Husna nabilah Shukeri

Pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi, boleh saja dalam bungkusan itu mengandungi bahan terlarang. Malah beliau sudah pun menghubungi adik-beradik, namun kesemua menafikan bahawa bungkusan itu milik mereka

Gambar : Husna nabilah Shukeri

Beliau tidak henti-henti meluahkan rasa bersyukur kerana tergerak hati untuk membuang bungkusan tersebut. Di akhir postnya, Husna mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati semasa di lapangan terbang.

Sentiasa pastikan keselamatan diri dan barang-barang kita supaya insiden yang tidak diingini berlaku. Lebih baik mencegah dari terkena.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.