Siakap Keli

Saudagar Durian Terpaksa “Cancel Contest”, Dapat Lebih 10,000 Ribu Penyertaan

Selasa lalu tular di mana Anont Rotthong yang merupakan seorang usahawan ladang durian dari Thailand ingin memberi ganjaran kepada lelaki yang berjaya memilih buah durian yang terbaik.

Beliau dikatakan akan menghadiahkan wang sebanyak 10 juta bath (RM 1.28 juta), 10 buah kereta, ladang durian dan menjodohkan pemenang dengan anaknya sendiri.Usahawan tersebut terfikir untuk menggunakan cara itu kerana tidak mahu perempuannya terlewat untuk berkahwin.

Anont Rotthong Bersama Anaknya Kansita Rotthong (Gambar : Brillio)

Lebih 10,000 Orang Mencuba Nasib

Terbaru, Anont memaklumkan bahawa beliau terpaksa membatalkan pertandingan berkenaan. Beliau tidak menyangka status (pertandingan) yang dimuatnaik  di laman facebooknya itu mendapat sambutan luar biasa.

Didapati lebih dari 10,000 orang yang mahu mencuba nasib menghubungi dirinya. Anont berkata bahawa ladang duriannya tidak mampu untuk menampung jumlah yang seramai itu.

“Saya sudah tidak mampu untuk melayan deringan telefon bimbit setiap saat. Wahai ‘bakal menantu’ berhenti hubungi saya, biarkan saya berehat”

Premyosapon Khongsai, Salah Seorang Calon yang Mencuba Nasib di Ruangan Komen (Gambar : Channel News Asia)

Namun dalam pada itu, ada seorang calon yang mendapat likes tertinggi di ruangan komen status berkenaan. Beliau adalah Premyosapon Khongsai (28) yang turut menyertakan gambar dirinya.

“Saya benar-benar berminat. Keluarga saya juga menanam dan mempunyai lebih dari 300 pokok durian di daerah Trat”

“Saya sudah terbiasa dengan panasnya matahari atau basahnya hujan. Saya juga boleh memandu trak 10 tayar dan traktor. Tolong pertimbangkan diri saya ya ayah Anont.”

Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Tulis Anont, Premyosapon Khongsai terlalu kacak. Anont risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.

Sumber : Channel News Asia.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.