Siakap Keli
Gambar Hiasan

WHO Dedah 1.1 Bilion Belia Di Seluruh Dunia Berisiko Mengalami Masalah Pendengaran

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendedahkan hampir 50 peratus populasi dunia dalam kalangan belia yang berusia diantara 12 hingga 35 tahun berisiko untuk kehilangan deria pendengaran.

Menurut WHO lagi, antara puncanya adalah pendedahan berlebihan kepada bunyi yang kuat dalam tempoh masa yang lama termasuklah tabiat suka mendengar musik menggunakan ‘headphone’ ataupun ‘earphone’.

”Orang ramai perlu sedar bahawa masalah kehilangan deria pendengaran tiada ubat. Apabila deria tersebut itu hilang, ia tidak dapat dikembalikan lagi,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, jurucakap WHO.

WHO juga berharap semua syarikat teknologi berkaitan menghasilkan gajet musik yang dapat memelihara kesihatan telinga sambil tidak mengurangkan fungsi asalnya.

”Memandangkan kita mempunyai teknologi dan tahu cara-cara untuk mengatasi masalah kehilangan deria pendengaran, kita tak sepatutnya membiarkan generasi muda ini terus merosakkan deria pendengaran masing-masing,” katanya lagi.

Rata-rata masalah kehilangan pendengaran ini berlaku dalam kalangan pemuda-pemuda di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

WHO turut mengeluarkan garis panduan yang boleh diikuti oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini di masa depan.

Antaranya adalah menghasilkan perisian yang dapat menjejaki tempoh masa dan pendedahan pengguna kepada musik dan merendahkan nadanya untuk tempoh masa tertentu selain buku tatacara penggunaan alat mendengar musik yang lebih selamat.

Sumber: WHO

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.