Siakap Keli

20,000 Orang Guru Dipecat Kerana Tidak Boleh Jawab Soalan Peperiksaan Murid Darjah 4

Lebih daripada 20,000 guru di Nigeria dibuang selepas gagal ujian kecekapan yang disediakan khas untuk kanak-kanak berusia 10 tahun.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah menyokong keputusan itu dan berkata, “Ini adalah situasi yang sangat serius apabila guru tidak boleh lulus peperiksaan yang sepatutnya mereka ajar kanak-kanak itu untuk lulus.  Ia sangat menyedihkan.”

Kaduna Gabenor Mallam Nasir Ahmad El Rufai memuat naik status dengan keputusan guru-guru tersebut minggu lalu menerusi akaun Twitter miliknya.

“Adakah anda akan membenarkan mereka ini mengajar anak-anak anda?”

 

Gabenar negara itu memberitahu bahawa sebanyak 75% akan dipecat tetapi boleh memohon semula jika dapat meningkatkan gred mereka.

BBC melaporkan sekurang-kurangnya 19,000 permohonan telah diterima untuk menggantikan guru-guru yang dipecat.

Sumber: Metro

Nur Farra