Siakap Keli

(Video) Digelar ‘Manusia Kalkulator’, Remaja Ini Mampu Mencongak Pengiraan Tahap Sukar Sepantas Kilat

Asia’s Got Talent adalah sebuah program realiti yang menghimpunkan manusia-manusia yang memiliki bakat luar biasa dalam sesuatu bidang. Tidak kira sama ada bakat dalam bidang nyanyian, tarian ataupun persembahan magis dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, menerusi saluran Youtube rasmi Asia’s Got Talent bagi musim 2019 sedang berjalan sesi uji bakat dan seorang pelajar dari Malaysia yang menggelarkan dirinya ‘Manusia Kalkulator’ telah membuat ketiga-tiga juri terpegun dengan bakat yang dimiliki.

Hanya tampil dengan sebuah kalkulator dan memberikan kepada David Foster dan Anggun untuk mengendalikannya. Yaashwin Sarawanan berusia 15 tahun sangat pantas mencongak pengiraan yang dilakukan David Foster melalui kalkulator. Diakhir persembahan, Yaashwin menerima tiga ‘Yes’ dari ketiga-tiga juri dan layak ke pusingan seterusnya.

Semoga adik Yasshwin berjaya merebut gelaran juara. Anda boleh lihat sendiri bakat Yaashwin yang sungguh luar biasa di dalam video di bawah.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)