Siakap Keli
Gambar : Metro UK

Satu Dalam 200 Ribu Kelahiran, Derita Bayi Berisiko Mati Jika Disentuh

Satu dalam 200 ribu kelahiran, seorang bayi dilahirkan dengan keadaan fizikal yang tidak seperti ‘bayi’ apabila tubuh badannya dipenuhi dengan tompokan putih dan merah beserta kulit muka yang menegang.

Malah, apa yang lebih mengejutkan, ibu kepada bayi berkenaan dimaklumkan oleh doktor bahawa dia tidak dibenarkan menyentuh anaknya itu kerana berisiko untuk mati jika disentuh.

Jennie Riley, 34, berkata, sebelum ini kandungannya berada dalam keadaan sihat menyebabkan dia terkejut apabila diberitahu doktor bahawa bayinya, Anna, menghidap penyakit luar biasa dipanggil harlequin ichthyosis.

Menurut Persatuan Dermatologi British, keadaan itu hanya berlaku sekali dalam 200,000 kelahiran bayi dan mengakibatkan kulit tumbuh semula 10 kali lebih cepat dari proses normal.

Ianya bermaksud sejurus selepas dilahirkan, kulit Anna mula bertukar secara drastik, menyebabkan ia menjadi putih dengan luka merah yang mendalam.

Gambar : Metro UK

Jennie berkata, dia telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada anak perempuannya sebaik dia dilahirkan di sebuah pusat perubatan di New York.

”Saya dengar jururawat berkata, ”dia sangat cantik” tetapi selepas itu, suasana menjadi sunyi dan saya terus berasa risau serta tidak sedap hati,” katanya.

Difahamkan, kulit Anna tidak berupaya tahan lama dengan sebarang cecair berikutan keadaan kulitnya yang cepat kering, menyebabkan kelopak matanya tidak kelihatan.

Tidak pernah melihat kejadian sedemikian, doktor membawanya ke hospital pakar kanak-kanak di mana dia diletakkan di dalam rawatan rapi. Anna ditempatkan di dalam sebuah peti pelembap udara serta kulitnya disapu dengan Vaseline setiap jam.

”Kami tidak dibenarkan menyentuhnya kerana risiko jangkitan kuman sangat tinggi di mana bakteria boleh masuk secara mudah kerana keadaan kulitnya yang luka itu.

”Kami turut diberitahu setiap hari bahawa risiko kematiannya sangat tinggi, tetapi saya tahu kami perlu bertahan walau bagaimana sekalipun untuk memastikan anak perempuan kami terus hidup,” ujar Jennie.

Biarpun dia dan suaminya, James diberitahu, anak mereka berkemungkinan tidak dapat bertahan lama, anak kecil ini kuat semangat kerana ibu bapanya yang tidak pernah menyerah.

Siapa sangka, dari tidak mempunyai harapan untuk hidup, Anna kini sudah pun berusia 17 bulan, telah sembuh dan berada di rumah bersama dua abangnya.

Gambar : Metro UK

Jennie yang berhenti kerja, menjaganya anaknya sepenuh masa kerana dia memerlukan penjagaan rapi setiap hari. Walaupun begitu, bayi comel ini sentiasa gembira dan seorang yang sihat biarpun dalam keadaan fizikal sedemikan.

Sumber : Metro UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.