Siakap Keli

“Dia Carik Kita Bukan Sebab Kita Lelaki, Tapi Sebab Kita Ni Suami Dia” Suami Ini Kongsi Kenapa Isteri Selalu Minta Tolong Dari Suami

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Saat ijab dan qabul dilafazkan oleh suami, maka ‘terlepaslah’ tanggungjawab seorang ayah kepada anak perempuannya. Waktu itu, suamilah yang akan mengambil alih tugas sang ayah untuk mencorak dan mendidik si isteri.

Biasalah adat kehidupan berkahwin, sebagai pasangan , kita kena memahami, saling bertolak ansur dan melengkapi. Satu hantaran  yang berkongsi mengenai realiti sebuah perkahwinan mendapat lebih dari 1,000 perkongsian di Facebook.

Mohd Fhais telah ‘menceritakan’ ragam seorang isteri dan kenapa terjadinya sedemikan rupa. Kata Fhais,

“Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.”

Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.

Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.

Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.

Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.

Gambar : Mohd Fhais

“Itulah namanya isteri.”

Dia mengadu,

Dia minta tolong,

Dia suruh kita buat macam-macam.

“Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja. Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat penganti ayah dia dulu.”

Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.

Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.

Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.

Bukan Mudah Seorang Ayah Hendak Lepaskan Anak Perempuannya (Gambar Hiasan)

“Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.”

Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!

Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.

Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.

Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.

Gambar Hiasan

Tiada rumahtangga yang sempurna dan terlepas dari ujian. Kedua-dua suami dan isteri mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Apa yang penting adalah mereka saling bersyukur, menghargai dan melengkapi antara satu sama lain.

Sumber : Mohd Fhais

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.