Siakap Keli
Gambar : radarsukabumi

Kereta Api Tergelincir Di Bogor, 17 Cedera

Jakarta : Sebuah kereta api penumpang dari Jakarta menuju ke Bogor, Indonesia, tergelincir menyebabkan 17 dilaporkan cedera setakat ini.

Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor.

Syarikat pengendali kereta api itu, PT Kereta Commuter Indonesia dalam satu kenyataan berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Salak Bogor.

“Jumlah penumpang belum diperoleh dan tiada laporan membabitkan warga asing setakat ini,” kata kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.