Siakap Keli
Gambar : Google

Pelajar Perempuan Warga Sweden Maut Jatuh Kondominium

George Town : Seorang pelajar perempuan warga Sweden ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat rumah sewanya di kondominium Sri York di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan di kondominium berkenaan kira-kira 8.45 malam, sebelum memaklumkan penemuan mayat Mridu Kaul, 22, di tingkat bawah premis tersebut.

“Berdasarkan siasatan, mangsa pelajar sebuah kolej perubatan swasta di George Town tinggal di tingkat empat kondominium berkenaan bersama seorang rakan serumah, namun semasa kejadian rakan wanitanya itu tiada di rumah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada unsur jenayah.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.