Siakap Keli
Gambar : Tribunnews

”Saya Menyesal,” Vokalis Lagu Hits ‘Aisihiteru’ Boleh Berdepan Hukuman Mati

”Walau raga kita terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat..,” ingatkah lagi anda rangkap lagu hits ‘Aishiteru’ nyanyian Zivilia di corong radio yang pernah meniti di bibir anak muda suatu ketika dahulu.

Keunikan suara dan lagu yang dibarisi oleh 4 orang anggota kumpulan ini menjadi siualan dan kegilaan remaja zaman itu. Namun, memetik laporan daripada Tribunnews, volkalis kumpulan tersebut iaitu Zulkifli atau lebih mesra dikenali sebagai Zul bakal dijatuhi hukuman mati mandatori setelah telah ditahan oleh pihak polis Indonesia.

Menurut sumber, dia ditahan bersama 8 orang rakannya di Apartment Gading River View, Kelapa Gading, Jakarta Utara pada Jumaat yang lalu bersama kerana didapati menagih dan mengedar dadah jenis syabu dan ekstasi.

Polis telah menahan mereka bersama barang bukti iaitu dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi yang siap sedia untuk diedarkan.

Ketika dibawa ke Balai Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan, Zul mengaku menyesal dan mengakui perbuatannya kepada pihak media. Malah, dia memberitahu bahawa  apa yang berlaku merupakan jalan hidup yang dipilihnya sendiri.

Gambar : Liputan6.com

Dia turut memberitahu, kerana desakan hidup atas faktor ekonomi dan terhutang budi kepada ketua kempulan pengedaran dadah menyebabkan dia melakukan perkara ini.

Jika disabitkan kesalahan, Zul boleh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara minimum enam tahun dan maksimum selama 20 tahun.

Sumber : Tribunnews

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.