Siakap Keli

Tersentuh Hati Aku, Bukan Semua Lelaki Boleh Sabar Macam Apa Yang Dia Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila adanya kehadiran bayi di dalam kehidupan pasangan suami isteri, kebiasaanya tanggungjawab itu mesti digalas lebih oleh si ibu untuk menguruskannya termasuklah membawa anak kecil ke klinik untuk check up.

Situasi biasa yang boleh dilihat, si ibu penuh di dalam klinik dengan keadaan masih berpantang memangku bayi. Untunglah jika ada suami yang membantu, tetapi ada sesetengah yang membiarkan isteri menguruskan kesemuanya sendiri.

Perkongsian oleh seorang individu, Puan Ayu Narisyah di Facebooknya, menyentuh hati golongan isteri terutamanya kerana pastinya semua wanita berharap suami mereka mencontohi lelaki ini yang penyabar.

Dia yang bersendirian menguruskan rutin check up bayinya berusia tiga bulan, sangat tenang dan menunjukkan peribadi yang baik. Mungkin ini hanya secebis kisah masyarakat, tetapi jika dilihat dari sudut postif wajar dijadikan contoh oleh semua para bapa di luar sana.

Kisah pagi tadi masa nak checkup asya 5 bulan. Ku tunggu je belakang lelaki ni nak timbang si asyaa. Masa tu dia tengah timbang anak diaa. Baby dia ada lah dalam umur 3bulan camtu. Dia angkat baby dia letak dekat katil yang klinik sediakan. Tiber dia tegur aku.

“Awak macam mana yea nak guna timbang ni? Saya tak reti guna”

“Oh senang je, meh saya ajar. “

Ku terus pergi dekat tempat penimbang, tekan button hijau lepas tu aku suruh dia letak anak dia dekat penimbang tu, sampai dapat bacaan berat anak dia yang betul2 accurate baru aku suruh dia angkat baby diaa.

Dah tu dia siapkan baby dia, pakai kan baju, baby dia nangis dia bagi susu / puting. Sabar je dia siapkan baby tu sorang2. Beg yang dia bawak tu, ada botol susu dan semua kelengkapan anak dia ku rasa. Baby dia nangis dia senyum je.

Dalam hati aku, allahu penyabarnya lelaki ni, bukan semua lelaki boleh sabar uruskan anak kecil sorang2 selain seorang ibu. Sampai ku nak balik ku tengok dia peluk je baby diaa tidur. Sungguh kasih sayang seorang ayah tu terserlah. Lagi aku tabik, dia tak pegang Hp pun. Kebiasaannya, parents nowsday kan sibuk dengan hp je dari anak sendiri kan. Ni tak, dia peluk je anak dia, pejam mata sesama. Betul² menyentuh hatii aku. Tiberrr. 

Biasa lah sejak jadi ibu ni memang cepat sensetif benda² gini. Seriussly aku respect dengan lelaki tu. Sangat kagum sebab dia boleh uruskan baby kecik tu sendiri dengan tenang, bermanis muka dan senyum sokmo. Sangat² penyabar & sangat baik peribadi dia ku tengok. Untung isteri diaaa. 

Girlss, Kalau masih ada suami yang bergini, hargai lahh, jagalah, hormatlah. Tak semua isteri dapat suami macam ni. Kalau suami kita tak mampu macam ni, doa² moga suami kita jadi suami yang bertanggungjawab, penyabar & penyayang. Insyaallah. Setiap suami ada kebaikan dan kelebihan yang tersendiri. Belajar saling melengkapi antara satu sama lain. 

TQ suamiku yang tak pernah kenal erti penat jaga anak bersama.

Sumber : Ayu Narisyah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.