Siakap Keli

20 Barangan Paling Genius Boleh Selesaikan Masalah ‘Packing’ Baju Bila Nak ‘Travel’

Melancong memerlukan kita membuat keputusan yang pelbagai.  Berapa banyak nak belanja? Nak bawa baju apa? Perlu ke bawa beg lebin?

Banyak sangat persoalan yang bermain difikiran para-para travellers ni bila nak melancong.  Tapi, dengan persiapan yang rapi, terutamanya bab kemas pakaian korang boleh jadikan perjalanan korang lebih mudah dan less-stressful.

Ini 20 barangan genius yang boleh selesaikan masalah korang. Jom kita baca. Semoga bermanfaat.

Penimbang beg mudah alih yang membolehkan korang timbang bagasi sebelum ke lapangan tebang.

Tali bahu (shoulder trap) berwarna-warni sebagai penanda bagasi korang dan mengelakkannya daripada terbuka.

Twist ties boleh tolong kurangkan kekusutan barang-barang bertali dan korang boleh simpan dengan kemas dalam beg.

Packing cubes sangat-sangat berguna untuk kategorikan setiap pakaian.  Jadi, barang tak bercampur dan nak cari pun senang.

Bekas barang kemas akan pastikan barang-barang kecil tak bersepah dalam bagasi.  Jenuh nanti nak cari.

Packing checklist tolong korang untuk tak tinggalkan apa-apa yang wajib dibawa.  Ni memang penting.

Botol tak mudah bocor ni tolong korang mengehadkan daripada membawa barang-barang mandian dengan isian penuh.

TSA kunci kombinasi akan menjaga barang-barang dengan selamat.

Pelipat pakaian bantu baju yang dilipat dalam beg tanpa kedutan.

Kiub pil mudah bawa ni membahagikan semua tablet mengikut hari.  Tak payah risau ubat bersepah dah.

Beg pembungkus mampat akan menjimatkan ruang bagasi.

Beg pakaian bersih untuk mengenal pasti pakaian kotor dan perlu dicuci.

Beg on the go boleh dibawa sebagai beg gantian yang telah didaftarkan di lapangan terbang.  Manalah tahu tiba-tiba tertumpah air kopi, kalau ada bag ni bolehlah tukar siap-siapkan?

Dompet perjalanan menyimpan semua dokumen penting bersama.  Ia cukup besar untuk simpanan passport, pas masuk, kad kredit, wang tunai dan telefon.

Beg kasut kalis air untuk pastikan kasut sentiasa dalam keadaan bersih.

Sumber: Buzzfeed

Nur Farra