Siakap Keli

“Aku Mahu Putus”, Lelaki Sanggup Sewa ‘Billboard’ Besar Kecewa Dicurangi Kekasihnya

Dah jadi lumrah dalam percintaan, ada suka, duka, tangis dan tawa. Bercinta itu  sememangnya mudah namun apa yang sukar adalah untuk mempertahan dan menjaga sesuatu hubungan. Ada yang sampai ke jinjang pelamin dan ada pula yang terkandas dan terputus dipertengahan jalan.

Bagi yang ikhlas dan saling menyayangi, sudah tentu segala ujian dan dugaan dapat dilalui. Dan satu perkara yang paling ‘takut’ untuk dihadapi adalah perasaan dicurangi.

Sanggup Sewa Papan Tanda

Begitulah nasib yang dialami oleh seorang pemuda di daerah Semarang, Indonesia. Kejadian itu tular di Indonesia apabila si jejaka nekad menyewa sebuah papan tanda besar di tepi jalan.

 

Gambar : Nova.Grid.Id

Namun apa yang mencuit hati, pemuda tersebut bukan mahu mengiklankan pernigaannya, tetapi ‘mengiklankan’ perbuatan teman wanitanya kepada umum.

Gambar : Grid.Id

Teman wanitanya dikatakan telah mencurangi dirinya. Untuk membalas perbuataan gadis terbuat, pemuda telah ‘meletakkan’ gambar kekasihnya dengan caption

“Kamu sudah kecewakan diriku. Kamu sudah curangi aku. Aku Mahu Putus”

Satu rakaman video yang dibuat oleh pengguna jalan raya memperlihatkan pasangan kekasih tersebut bertikam lidah akibat dari kejadian tersebut. Pemuda juga menggunakan pembesar suara untuk memberitahu orang awam tentang kecurangan kekasihnya.

Sumber : Planet Merdeka.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.