Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bomba Selamatkan 13 Orang Pendaki Sesat

Seramai 13 pendaki dari Johor Bahru berjaya diselamatkan setelah tersesat ketika kumpulan berkenaan melakukan aktiviti mendaki di Gunung Berlumut, Felda Ulu Dengar, Kluang, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penguasa Kanan Bomba Akob Sedek berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.50 malam tadi untuk operasi menyelamat itu.

Katanya, daripada laporan yang diterima kesemua mangsa itu tersesat di antara check point ketiga dan keempat gunung berkenaan, selain seorang daripada mereka telah mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

“Dalam operasi menyelamat ini, ia disertai oleh 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, tiga anggota polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dua malim gunung itu.

“Kesemua mangsa ini telah berjaya dikesan pagi ini dan mereka berjaya dibawa keluar kira-kira 9 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.