Siakap Keli

“Dengarlah Rintihan Kami, Tolonglah” Lagi Kes Hidu Kimia, Pelajar Sekolah Diarah Balik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular mengenai kes limpahan bahan kimia di sungai Kim Kim yang dikatakan berpunca dari sebuah lori tangki.

Sisa kimia itu sepatutnya dilupuskan mengikut prosedur yang betul namun ada pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuangnya ke dalam sungai.

Berikutan perkara tersebut, sekolah berhampiran telah mengarahkan pelajar sekolahnya untuk mengosongkan kawasan tersebut, Pihak sekolah juga telah mengarahkan para ibu bapa untuk menjemput anak mereka dengan segera.

Kerana Terhidu Gas Metana, Pelajar Muntah Dan Pengsan

Akibat dari pencemaran gas tersebut, di dapati lebih dari 30 orang mangsa kini sedang dirawat di hospital berdekatan. Mangsa terdiri daripada pelajar sekolah, pekerja kantin dan pemandu van ambulans.

[BACA : “Dialah Yang Berulang-Alik Membawa Pelajar Kami Untuk Diselamatkan Nyawa” Hero Abang Ambulans Sudah Sedarkan Diri]

 

Lanjutan kes pencemaran sisa bahan kimia di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, semua pelajar diarahkan untuk pulang semula ke rumah setelah beberapa jam berada di sekolah.

Hal ini berikutan beberapa orang guru dan pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital. Mereka dikatakan muntah-muntah, pening dan loya walhal mereka semua dalam keadaan yang sihat sebelum hadir ke sekolah.

Seorang guru telah memuatnaik satu hantaran ke laman Facebooknya menceritakan situasi di tempat kejadian. Menurut Rosmini Mat Yaakub :

Gambar : Rosmini Mat Yaakub

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Lagi sekali terjadi. Dengar la rintihan kami…pastikan udara bersih dulu, baru bukak sekolah. Kami yg merasai..kami yg tahu.”

Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub
Gambar : Rosmini Mat Yaakub

Di akhir postnya, beliau berharap agar pihak bertanggungjawab dapat memastikan kebersihan udara dan keselamatan di sekolah dahulu sebelum membukanya semula kepada pelajar.

Sumber : Rosmini Mat Yaakub 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.