Siakap Keli

Fenomena Tahun 2000 Mungkin Berulang, Jutaan Peranti GPS Dijangka ‘Musnah’ 6 April Ini – Pakar

Sistem GPS bakal mengalami gangguan bulan hadapan disebabkan kesilapan digit kalendar komputer, kata pakar keselamatan maklumat.

Seorang pakar di Persidangan Keselamatan RSA 2019 di San Francisco minggu ini mengatakan bahawa dia meramalkan Y2K ataupun pepijat digital yang akan ‘membunuh’ sistem GPS pada 6 April ini.

Ramalan yang sama, pernah dibuat mengenai Y2K pada tahun 1999 apabila dunia bimbang tentang penutupan komputer ketika itu.

Bill Malik, naib presiden Trend Micro, sebuah syarikat keselamatan dan pertahanan siber multinasional Taiwan, memberitahu akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang buruk akan terjadi di kemunculan Y2K tahun ini.

“Kesannya akan lebih meluas kerana banyak sistem telah mengintegrasikan GPS ke dalam operasi mereka.”

“Sistem kren di pelabuhan menggunakan GPS secara automatik.”

“Sistem keselamatan awam menggabungkan sistem GPS, seperti sistem pemantauan lalu lintas untuk jambatan.”

Kerajaan telah mengeluarkan amaran kepada sektor negeri dan swasta untuk mengemaskini teknologi. 

Kerajaan Amerika Syarikat telah menerbitkan satu memorandum yang disebut ‘Event System Rollover Week Weekly Positioning System’ pada April 2018.

Ketika sistem navigasi di kapal dan pesawat dikatakan mungkin terjejas, telefon bimbit dijangka mungkin tidak mengalaminya.

“Pasaran kewangan, syarikat penjanaan kuasa, perkhidmatan kecemasan dan sistem kawalan industri mungkin terjejas, serta rangkaian komunikasi talian tetap dan selular.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra