Siakap Keli

“Jaga Je Anak Kau, Takyah Sibuk Hal Orang,” Tinggal Anak Atas Motor, Bapa Melenting Bila Ditegur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Insiden atapun isu melibatkan keselamatan anak kecil sering terjadi dikalangan kita.  Sebanyak 9,781 kes kanak-kanak hilang dibawah umur 18 tahun dilaporkan yang melibatkan 7,501 lelaki dan selebihnya perempuan.

Hal ini membuatkan ramai diantara ibu bapa yang semakin mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Walau bagaimanapun, perkongian daripada saudari Intan melalui akaun Facebook miliknya berkongsi pengalamannya terjumpa seorang kanak-kanak yang ditinggalkan seorang diri diatas motorsikal sementara penjaganya pergi membeli barang di salah sebuah kedai serbaneka.

Aku keluar kedai aku nampak budak ni beberapa meter dari kereta aku. Aku dgn Hannah terus pergi kat budak ni.

“Ayah mana dik?,” soalan aku sambil dukung dia turun motosikal.

“Tu haa…,” dia tunjuk dalam KK Mart.

Aku pun berdiri kat tepi motor sampailah ayah dia keluar kedai. Aku tgk jam dari mula aku tunggu smpai ayah dia keluar ialah 4 minit 17 saat.

Ayah dia pelik sbb ada org berdiri tgk dia sambil pimpin anak dia.

“Salam bang.. Sy nampak dia sorg2. Motor ni tepi jalan sgt. Pastu stand pun pakai tongkat yg sebelah jer. Sy turunkanlah dia,” ujar aku menghulur tgn bersalam. Lelaki ni agak berusia drpd aku. Sekitar akhir 30 an.

“Alaaa… Kejap jer pun. Bukan lama. Aku beli topup jer. Tahu la aku jaga anak. Ko baru anak sorg kan? Jaga jer anak kau tu.. Xyah sibuk hal org…,” aku dh agak. Samada positif atau negatif. Tp hati aku td kuat rasa aku akan kena sound.

“Ok, xpelah bang. Maaf sbb sy tolong tgkkan anak abg ni. Cuma nak bgtaw sy tunggu abg td 4 minit jugak. Sbb ramai org beratur. X tahulah berapa lama masa sblm sy nampak dia sorg2. Sy rasa zaman skrg ni 4 minit ni cukup masa untuk org cekup anak abg bawak lari. Atau mcm2 boleh jadi. Assalamualaikum.. Dh jom Hannah,” aku hulurkan tgn anak dia dan beredar.

Aku harap kalau nampak kes mcm ni, tlg jer jaga kejap. Org tu nak marah lantaklah. Jgn ada sikap tu bukan anak aku. Sebab budak ni x salah. Dia ada hak utk dipertahankan keselamatan dia.

Org culik satu hal. Kereta langgar satu hal. Jatuh motor satu hal. Aku x tahulah, mungkin aku jenis paranoid kot sbb tu aku rasa semua kebarangkalian tu boleh berlaku.

Sbb malang tak berbau. Kalau jadi apa2 jangan masa tu baru kita nak menangis tak berlagu.

Nampak kes mcm ni, tolong alert. Tunggu kejap. Ada ramai jer yg boleh terima teguran. Abaikanlah kalau diorg merentan. Bukan hari2 jumpa pun. Pk mcm tu jer.. Yg penting budak2 selamat.

Sumber: Intan Huzaifah

Nur Farra