Siakap Keli

Kesemua 157 Penumpang Dan Anak Kapal Ethiopian Airlines Disahkan Tekorban

Jurucakap syarikat Penerbangan Ethiopia dalam satu kenyataan mengesahkan kesemua 149 penumpang dan 8 orang anak kapal yang terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam telah terkorban.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX8 yang berlepas daripada Addis Ababa, Ethiopia pada pukul 8.38 pagi waktu tempatan menuju ke Nairobi, Kenya dilaporkan terputus hubungan kira-kira enam minit kemudian.

Kemalangan berkenaan dipercayai berlaku di kawasan berhampiran Bishoftu, tenggara ibu negara Ethiopia. Bagaimanapun jurucakap berkenaan tidak dapat mengesahkan punca pesawat berkenaan terhempas dan pasukan penyiasat masih menjalankan siasatan.

Menurut jurucakap itu lagi, sebelum kejadian, juruterbang pesawat malang berkenaan mengeluarkan amaran kecemasan dan meminta untuk berpatah balik.

Pesawat yang terhempas tersebut merupakan pesawat baru dan mempunyai jam penerbangan 1,200 jam. Sebelum berlepas ke Nairobi, pesawat berkenaan baru tiba daripada Johannesburg pada pagi Ahad.

Kerajaan mengesahkan penumpang-penumpang pesawat berkenaan terdiri daripada 30 kewarganegaraan yang berbeza antaranya 32 orang warga Kenya, 18 orang Kanada dan 8 orang daripada China.

Pesawat Boeing 737 MAX 8 adalah jenis pesawat yang sama dengan pesawat dimiliki Lion Jet Indonesia yang terhempas Oktober tahun lepas selepas 13 minit berlepas daripada Jakarta.

Dalam kejadian berkenaan, kesemua 189 penumpang dan anak kapal terkorban.

BACA: Enjin Terbakar Di Udara, Airbus A380 Milik Air France Terpaksa Berpatah Balik

Sumber: Al-Jazeera

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.