Siakap Keli
Gambar: ILoveKuching

10 Resort Hutan Hujan Tropika Khazanah Negara Wajib Pergi

Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim khatulistiwa di mana kita menerima suhu yang panas dan lembap sepanjang tahun. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapatnya banyak resort yang becirikan hutan hujan tropika di Malaysia. Jika anda merupakan slah seorang yang gemar mengembara dan menjelajahi hutan belantara, ini merupakan 10 pilihan resort hutan hujan tropika yang menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia.

Hutan Hujan Tropika

Gambar: Slideshare

Hutan hujan tropika merupakan satu jenis eko-sistem yang wujud secara kasarnya dalam garis lintang 28 darjah utara atau selatan garis khatulistiwa (dalam zon khatulistiwa antara Garisan Sartan dan Garisan Jadi). Kebiasaanya eko-sistem ini mengalami suhu purata tinggi dan sejumlah besar hujan.

Hutan hujan tropika ini boleh didapati di Asia, Australia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan kebanyakan kepulauan Pasifik seperti di Caribbean dan Lautan Hindi. Hutan ini juga sering dianggap sebagai jenis hutan basah tropika, hutan daun lebar tropika, dan hutan hujan malar hijau khatulistiwa tanah rendah dalam pengelasan biome Tabung Kehidupan Liar Sedunia.

Berikut merupakan 10 Resort Hutan Hujan Tropika Di Malaysia:

1. Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lembah Danum, Sabah

Pengalaman: Berjalan kaki melalui lapisan kanopi hutan di lembah Danum.
Dikenali sebagai BRL, Borneo Rainforest Lodge mungkin merupakan salah satu resort ekslusif dan mewah di Malaysia. Terletak jauh di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, resort ini merupakan salah satu resort yang terkenal dengan suhu sejuk. Seluruh tempat dibina di atas panggung kayu dengan jalan kaki di atas tanah untuk memelihara lantai hutan hujan. 30 unit chaletnya terletak dengan sempurna untuk privasi sementara segala-galanya bersifat semulajadi. Ini bermakna tiada penghawa dingin kerana kotej BRL disejukkan menggunakan kaedah tradisional yang mengagumkan. Pengalaman untuk melihat hidupan liar di resort yang memenangi sesuatu anugerah adalah perkara biasa, walaupun di tempat peranginan. Perkhidmatan adalah kedudukan tertinggi dengan kakitangan profesional dan berpengetahuan tentang alam semula jadi.
Gambar: Amazing Borneo Tours

2. Mulu Marriott Resort dan Spa, Taman Negara Mulu, Sarawak

Pengalaman: Lawatan Ke Gua Mulu.
Mulu Marriott Resort dan Spa (sebelum ini dikenali sebagai Royal Mulu Resort) hanya berjarak lima minit jika anda berjalan kaki dari Taman Negara Gunung Mulu yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sarawak.Ianya adalah satu-satunya resort mewah lima bintang di seluruh rantau Mulu. Resort ini menawarkan dewan makan, spa Bali dan kelas memasak untuk demonstrasi kebudayaan. Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di resort ini termasuklah mendaki hutan hujan dan lawatan gua Mulu yang sungguh mengagumkan. Sama seperti resort lain yang ingin memulihara lantai hutan, resort ini juga menggunakan laluan pejalan kaki yang dibina di atas tiang kayu.
Gambar: Sarawak Tourism

3. Resort Hutan Hujan Belum, Pulau Banding, Perak

Pengalaman: Rumah bot, 10 spesies jenis burung Enggang (terdapat kira-kira 55 di dunia) dan bunga terbesar di dunia.
Resort hutan hujan Belum adalah pintu masuk utama kepada hutan hujan Belum-Temengor yang berusia 130 tahun,  yang juga merupakan salah satu daripada hutan hujan tertua di dunia. Sebagai tambahan kepada bilik-bilik hotel dan chalet tradisional Melayu, para tetamu juga boleh menginap di rumah perahu atau Villa Tanjung Wan yang ekslusif dan mewah. Resort lima bintang ini turut menawarkan beberapa pengalaman alam terbaik di Semenanjung Malaysia seperti bunga terbesar di dunia, Rafflesia yang boleh dilihat sepanjang tahun. Pelbagai spesies burung, Harimau Malaya, tapir atau bahkan gajah Asia juga boleh dilihat dengan dekat oleh pengunjung.
Gambar: TripAdvisor

4. Resort Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah

Pengalaman: Melihat gajah spesies Pygmy dan ribuan spesies burung dengan lebih dekat.
Sebagai sebuah resort eksklusif di dalam Rizab Hidupan Liar Tabin, Tabin Wildlife Resort memberi tumpuan besar kepada pemuliharaan dan amalan alam sekitar. Keindahan resort hutan hujan berusia 30 tahun terletak pada jumlah besar haiwan terancam yang tinggal di rizab itu, menjadikannya salah satu destinasi utama untuk melihat hidupan liar Borneo di habitat semulajadinya. Para peninjau burung juga akan mendapati tempat ini luar biasa pada rekod lebih daripada 260 spesies burung telah dikesan di sekitar rizab itu. Aktiviti lain termasuk treks hutan, safari malam, lawatan hidupan liar dan pendidikan hutan hujanturut ditawarkan di resort ini.
Gambar: Tabin Wildlife Resort

5. Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau, Sabah

Pengalaman: Berjalan kaki di atas Maliau sky walk dan kanopi serta treks.
Juga dikenali sebagai Dunia Hilang di Sabah, Kawasan Pemuliharaan Lembangan Maliau berjumlah 58,840 hektar (588.4 kilometer persegi). Ia diisytiharkan sebagai Hutan Perlindungan oleh kerajaan dan merupakan salah satu daripada kawasan padang belantara yang tidak tersentuh di dunia. Laman ini adalah pusat penyelidikan, tetapi ia mempunyai vila mewah di lokasi – dengan tiga bilik termasuk bilik tidur utama yang mempunyai jakuzi dengan pemandangan hutan hujan. Vila ini terletak di pusat kajian utama di mana bilik tidur dan unit asrama berkembar standard juga disediakan.Kebanyakan kawasan di resort ini dibuka kepada pelawat, tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Yayasan Sabah atau syarikat pelancongan yang menyediakan pakej pelancongan Maliau Basin untuk memasuki Lembangan Maliau. Tetamu juga perlu mengambil perhatian bahawa Lembangan Maliau adalah kawasan atavistik dan terpencil dengan kemudahan akses, komunikasi dan keselamatan yang terhad.
Gambar: FMT

6. Datai Langkawi

Pengalaman: Jauh dari kesibukan kota membolehkan anda merasai kehidupan semulajadi di sini.
Jika penyiar hidupan liar British, David Attenborough memiliki vila mewah, ia mungkin menyerupai Datai Langkawai yang berprestij. Berada di hutan hujan tebal di kawasan terpencil di pulau Langkawi, 125 bilik dan vila di Datai menawarkan pemandangan luar biasa hutan serta Laut Andaman. Sejak bertahun-tahun lamanya, Datai yang memenangi anugerah bukan lagi “rahsia” tetapi tetap menjadi salah satu resort hutan hujan tertinggi di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia. Layanan yang diberikan Datai terhadap perincian tidak dapat dibandingkan dengan resort yang lain. Villa Hutan Datai, sebuah kompleks 550 meter persegi dari tempat peranginan utama dengan pavilion individu untuk masing-masing tiga bilik serta ruang makan dan ruang tamu. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung termasuklah lawatan ke hutan paya bakau.
Gambar: thedatai.com

7. Resort Hutan Hujan Permai, Santubong, Sarawak

Pengalaman: Rumah Pokok.
Eco-resort Permai Rainforest Resort terletak di dalam hutan di kaki Gunung Santubong yang penuh dengan elemen mistik. Direka dengan berhati-hati untuk meminimumkan jejaknya di alam semulajadi, ia telah menawarkan pengunjung pengalaman istimewa sejak 1990-an. Penginapan datang dalam bentuk kabin, unit tunggal dan double story dan villa rumah pokok yang menakjubkan. Permai Rainforest Resort menggambarkan dirinya sebagai “keindahan semulajadi yang tidak terganggu dan kepelbagaian biodiversiti yang hebat,” yang tidak akan mengecewakan para peneroka alam. Bagi aktiviti alam semula jadi pengunjung boleh cuba mendaki dan melihat secara dekat rubah terbang dan menyaksikan secara langsung ribuan spesies burung.
Gambar: galahotels.com

8. Mutiara Taman Negara, Pahang

Pengalaman: Hidupan liar yang tidak terkira dan berlayar menggunakan bot panjang.                                        Mutiara Taman Negara Pahang juga merupakan salah satu daripada hutan hujan tropika tertua di dunia dan taman nasional terbesar di Semenanjung Malaysia, Taman Negara menawarkan pengalaman alam dan ekopelancongan yang tidak berkesudahan bagi sesiapa yang menyukai pandangan hijau dan aktiviti luar. Terdapat lebih daripada 10,000 spesis tumbuhan, 25,000 invertebrat dan 200 mamalia yang terdapat di sekitar taman nasional. Mutiara Taman Negara Resort tersembunyi di antara hutan kuno. Resort eko ini menempatkan 108 bilik, chalet kayu Melayu, banglo dan rumah tetamu. Juga terdapat asrama, hostel dan tempat perkhemahan 2.5 ekar bagi mereka yang lebih suka tidur di bawah cahaya bulan. Khemah dan beg tidur juga boleh disewa disini.

 

Gambar: Adventoro

9. Borneo Highlands Resort, Sarawak

Pengalaman: Suhu sejuk di kawasan hutan hujan dataran tinggi.
Satu jam perjalanan dari ibu kota Sarawak Kuching, Borneo Highlands Resort menyembunyikan hutan hujan dataran tinggi pergunungan, 1,000 meter (3,280 kaki) di atas paras laut. Ia terkenal di kalangan pemain golf dengan Kursus Golf Hornbill 18 lubangnya. Tetapi terdapat banyak aktiviti lain untuk mana-mana pengunjung sahaja.
Ia mungkin membolehkan anda untuk mengembara di dataran tinggi sejuk di mana suhu mencecah 18-25 darjah celcius sepanjang tahun ke Kalimantan View Point – dengan pemandangan Indonesia – atau semata-mata menjelajah kawasan ini untuk melihat burung, serangga dan tumbuh-tumbuhan. Resort ini juga turut menawarkan pusat Spa Bidayuh yang merupakan satu-satunya Spa Bidayuh tradisional di dunia (dinamakan untuk suku asli di rantau ini).
Gambar: Golf Advisor

10. Resort Hutan Hutan Tropikal Borneo, Sarawak

Pengalaman: Dua taman negara dan satu taman air
Bersempadan dengan Brunei, Borneo Tropical Rainforest Resort terletak dengan mudah. Ia hanya berjarak 40 minit jika anda memandu dari Bandaraya Miri, bandar terbesar kedua di Sarawak, dan terletak berhampiran dengan dua taman kebangsaan: Niah (di mana terdapat tapak arkeologi Gua Niah) dan Lambir Hills. Dengan kemudahan seperti taman air sendiri dan jambatan tali, resort ini sesuai untuk kumpulan dan keluarga dan sesuai untuk aktiviti pembinaan pasukan (team-buliding).
Gambar: thesmartlocal.com

Sumber: CNN 

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"