Siakap Keli

Adik Muslimah Cantik Dari Korea Ikut Jejak Peluk Islam, Ayana Panjat Syukur

Sekitar tahun 2017 sehingga 2018 lalu, nama Ayana Jihye moon sering disebut dan telah dijemput untuk menjadi tetamu di rancangan televisyen popular di Malaysia.

Beliau merupakan seorang model di Indonesia di mana wajahnya selalu terlihat di dalam iklan sama ada di kaca TV mahupun media sosial. Pastinya peminat industri K-Pop negara tahu bahawa Ayana ini merupakan bekas penyanyi sebuah girls band di Korea.

Gambar : Instagram Ayana Jihye Moon

Beliau telah memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2012 setelah mempelajarinya di internet. Namun Ayana nekad untuk mencari ilmu dengan lebih baik lalu beliau mendaftar untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Malaysia (UIA) dalam bidang Islam.

Gambar : Instagram Ayana Jihye Moon

Lebih menggembirakan Ayana adalah apabila adik perempuannya memeluk Islam pada tahun lalu (2018) dan adik lelakinya  yang kini di korea Selatan telah mengikut jejak mereka.

Ini bermakna Ayana mempunyai dua orang ahli keluarga yang beragama Islam.

Gambar : Instagram Ayana Jihye Moon

“Insyallah dia akan memeluk Islam tidak lama lagi dan akan melalui Ramadhan pertamanya di Indonesia & Malaysia. Ia akan menjadi Ramadhan pertamaku bersama keluarga. Doakan kami”

Berita gembira itu telah dikongsi Ayana dalam laman instagramnya.

Gambar : Instagram Ayana Jihye Moon

“Lihat namaku, sesungguhnya aku bangga menjadi saksi kepada adikku hari ini. Alhamdulillah, Allahuakhbar”

Ayana gemar berkongsi perkembangan terbarunya dan pengalaman sebagai seorang muslimah di laman instagram. Dia juga seorang yang aktif dalam persatuan malah selalu memberikan talk dan inspirasi kepada semua wanita.

Sumber : Instagram Ayana Jihye Moon

fildza Zainal

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di