Siakap Keli

Anggota Parlimen Cameron Highlands Angkat Sumpah Jawatan

Anggota Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai Anggota Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Pada 26 Jan lepas, Ramli, 61 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.