Siakap Keli

Demi Nak Dapat Kerja Rugi Hampir RM1 Juta, Jabatan Siasatan Jenayah Bagi Amaran Kes ‘Scammer’ Telefon

Dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dari hari ke hari nyata ianya memberikan kebimbangan kepada orang awam. Hal ini demikian kerana ia dapat memberikan kesan ke atas kualiti serta menjejaskan kehidupan sosial dan kesejahteraan masyarakat.

Kalau dahulu jenayah hanya boleh berlaku secara fizikal (berdepan). Namun dengan kecanggihan teknologi sekarang, ia juga boleh berlaku secara atas talian (maya).

Terbaru, info yang dikongsikan dalam laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police telah mendedahkan kes penyamaran melalui panggilan telefon.

Gambar : Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

Mangsa Mengalami Kerugian Hampir RM 1 Juta

Hallo.. Hari ini admin nak kongsikan tentang kes penyamaran panggilan telefon yang dilaporkan semalam.

Kes pertama:

Mangsa 1/L Melayu umur 36 tahun telah membantu ibunya membuat pindahan wang sejak April 2017 hingga sekarang ke 11 akaun bank berbeza.

Konon Untuk Membersihkan Nama Adiknya Dari Kes Jenayah & Mendapat Peluang Pekerjaan

Tujuan pindahan tersebut adalah untuk membersihkan nama adiknya dari kes jenayah bagi mendapat peluang pekerjaan sebagai pegawai Polis.

Kerugian yang dialami oleh keluarga ini adalah sebanyak RM 815,975.00.Admin tak tahu nak komen apa. Mak kena tipu.. anak pun bantu bank in kan duit. Tapi admin puji semangat kekeluargaan mereka demi membantu adik.

Tapi cara itu salah. Kalau dah awal-awal membenarkan anak menjadi pegawai dengan jalan salah.. Bagaimana anak itu nanti bila dah menjadi Polis? Say no to rasuah!

Saspek Mengaku Sebagai SPRM

Kes Kedua:

Mangsa 1/P Melayu umur 23 tahun merupakan pelajar universiti terkemuka. Dihubungi oleh saspek yang mengaku sebagai SPRM memaklumkan tentang transaksi yang mencurigakan di akaun bank mangsa. /

Mangsa diarahkan memberikan maklumat akaun jika tidak mahu ditangkap. Mangsa kerugian sebanyak RM34,950.00 yang merupakan wang simpanan mangsa dan ibunya.

Dapatkan Maklumat Mengenai Isu Semasa Sebagai Pencegahan Dari Menjadi Mangsa Seterusnya

Harap adik tu akan follow FB Cyber Crime Alert lepas ini. Jangan sibuk follow artis KPOP je okey.

Mengikut pemerhatian admin semalam. Mangsa kebanyakkannya adalah berusia 30an yang mana admin kira terdedah dengan media sosial dan teknologi terkini. Namun sayangnya masih ramai terkena.

Sumber : Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Editor: fildza Zainal

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di