Siakap Keli
Gambar Hiasan

Malaysia Halang Pesawat Jenis Boeing 737 MAX 8 Lalu Ruang Udaranya

Susulan kejadian yang menimpa Ethiopia Airlines baru-baru ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan media tidak akan membenarkan pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 terbang memasuki atau keluar serta melakukan transit di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar, sekatan yang dilaksanakan tersebut akan diteruskan sehingga notis terbaru dikeluarkan kelak.

Katanya lagi, tiada mana-mana syarikat penerbangan dalam negara ketika ini mengendalikan pesawat berkenaan.

Terdahulu, pada Ahad, pesawat malang milik Ethiopia Airlines jenis Boeing 737 MAX 8 dilaporkan terhempas selepas 6 minit berlepas, meragut kesemua 157 nyawa penumpang dan anak kapal.

Kejadian berkenaan berlaku kurang daripada lima bulan dimana insiden membitkan pesawat jenis sama milik Lion Air yang terhempas di Laut Jawa dan mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Manakala petang tadi, pihak berkuasa Singapura turut mengumumkan sekatan yang sama.

Sumber: CAAM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.