Siakap Keli

Rupanya Selama Ni Kita Salah Potong Nenas, Lelaki Tunjuk Cara Potong Nenas Ekspres Jadi Bualan Satu Dunia

Buah nenas dengan bahagian luaran kulit yang keras dan tajam membuatkannya sukar untuk dimakan dan dipotong dengan cara yang betul.

Pun begitu, baru-baru ini video seorang individu menikmatinya dengan cara yang mudah tular dan menjadi bualan di media sosial.

Rakaman tersebut menyaksikan invidividu tersebut menarik seulas demi seulas isi nenas selepas memotongnya dari bahagian atas.

Video itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Lewis McCluskey, seorang pelajar Biomedical Sciences berusia 21 tahun dari Middlesbrough.

Tularnya video tersebut membuatkan rata-rata netizen mempersoalkan bagaimana buah itu dipotong sebelum ini sehingga mengambil masa yang lama untuk membuang kulit dan matanya.

“Saya nak beli nenas esok sebab nak cuba cara potong macam ni.”

“Stress bila tengok rupanya macam ni cara potong nenas yang betul. Kita dah buang masa lebih 50 tahun.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra