Siakap Keli

Terima Kasih Allah Temukan Dengan Insan Hebat Ini – Shuib Sepahtu

Setiap orang pasti mempunyai sahabat sejati. Tidak kisahlah sama ada kenal dari kecil ataupun hanya bertemu ketika di universiti dan tempat kerja, hampir semua perkara akan dilakukan dengan rakan baik ini.

Tetapi apapun kisah persahabatan dua sahabat baik dalam dunia hiburan antara Shuib dan Jep Sepahtu ini mungkin boleh menjadi iktibar kepada semua.

Shuib baru-baru ini melalui Instagramnya meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan seorang sahabat yang sangat baik seperti Jep.

Berikut adalah luahan isi hati Shuib mengenai sahabat baiknya itu.

”Kenal hampir belasan tahun, dari kami hanya punya cita-cita untuk semua yang ada sekarang, cita-cita nak jadi artis tersohor kononnya. Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu, nama “Shuib” dia yang bagi dan lekat sampai sekarang.

”Dia kata nama tu sesuai untuk aku. Lalu susah sama-sama, kerja tempat ynag sama, pagi-pagi jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi, tengok cabin crew tarik beg naik kapal putih mata sebab hanya mampu cakap “hi”. Masih pegang cita-cita dan impian yang sama, panjat audition sana sini lebih dari lima. Semua tak percaya dan tak pernah percaya yang dua budak ni akan pergi KL dan menetap di KL.

”Rezeki tak salah alamat, dia sampi mesti sampi. 2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua-dua dah kawin. Aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak. Terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama dan yang paling MAHAL adalah persahabatan yang semakin matang dari banyak sudut. Terima kasih Allah pertemukan dengan insan hebat ini @jepsepahtu.

”Jarang nak menulis panjang-panjang sebenarnya, tapi gambar ini seakan “sesuatu”. Sesuatu yang pastinya adalah hukum alam. Pasti dan pasti tapi tak tau siapa. Tapi yang pasti dan pasti, siapa pun antara kita pergi dahulu, kenangan kita, susah senang, gelak tawa, bertekak bergaduh, jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini.

”SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH, “SEPAHTU” DUA YG MENYATU”, luah Shuib.

Sumber: Shuib Sepahtu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.