Siakap Keli

Tuan Rumah Tidur Tak Tenang, Ular Sawa 6 Meter ‘Tumpang’ Atas Bumbung Rumah

Inilah seperti mimpi buruk bagi sesiapa sahaja yang mempunyai ophiofobia (ketakutan ular). Python enam meter yang sangat besar ditemui tidur di atas bumbung sebuah rumah di Bangkok pada waktu malam, Jumaat lalu.

Gambar ular itu segera menjadi viral hujung minggu lalu selepas jabatan bomba Bang Na Bangkok memuatnaik proses penangkapan melalui Facebook rasmi mereka.

“Kami menerima laporan mengenai seekor ular jenis python yang tinggal di bawah bumbung sebuah rumah.”

Pegawai yang tiba di rumah tersebut mendapati bahawa ular itu telah merentangi bumbung dengan kepalanya berhampiran pintu dan ekor di seberang bilik.

Bilik itu kira-kira 6 meter panjang, kata pemilik rumah.  Ruang itu dikatakan cukup untuk python ginormous itu mendiami dengan selesa.

“Sungguh sukar untuk mendapatkannya dan lebih sukar untuk dimasukkan ke dalam karung itu,” kata jabatan bomba.

“Tetapi kami berjaya dan pemilik rumah boleh tidur nyenyak lagi malam ini.”

Bagi mereka yang tertanya-tanya apa yang berlaku kepada ular itu, jabatan itu berkata ia telah dibawa ke Jabatan Perhutanan Royal dimana ia akan dibebaskan kembali ke habitat semulajadi, mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Pencegahan dan Pengurangan Bencana.

Sumber: Coconuts Bangkok, Bang Na Bangkok

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di