Siakap Keli

(Video)Momen-Momen Mengejutkan Seorang Penyelam Nyaris Ditelan Ikan Paus

Seorang penyelam dan juga jurugambar bawah air berkongsi pengalamannya yang nyaris-nyaris ditelam oleh ikan paus gergasi.

Ketika kejadian, Rainer Schimpf, 51, yang merupakan Pengarah Dive Expert Tours berada di perairan Pelabuhan Elizabeth, Cape Town di Afrika Selatan bersama-sama pasukannya untuk merakam aktiviti ikan sardin.

Bagaiamanpun, tanpa disedari seekor ikan paus jenis Bryde dianggarkan sepanjang 13 meter menghampirinya daripada belakang dan menelan separuh badannya.

Bagaimanapun Rainer terselamat kerana ikan paus berkenaan meluahkannya kembali mungkin kerana menyedari bahawa manusia bukan makanan yang diburunya.

Momen-momen Rainer ditelan ikan paus tersebut sempat dirakam oleh salah seoarang anggota pasukannya.

”Saya merasa tekanan yang amat kuat pada bahagian pinggang. Tetapi anda tidak boleh panik dan perlu bergantung pada naluri untuk menyelamatkan diri.

”Tetapi sebenarnya, tiada ilmu yang pernah diajar untuk anda berhadapan dengan situasi tersebut. Sepenuhnya bergantung pada naluri.

”Saya menahan nafas dengan baik. Saya fikir, ikan paus itu mungkin akan menyelam lebih dalam sebelum melepaskan saya kembali. Penglihatan saya sangat gelap ketika di dalam mulut ikan paus itu,” katanya.

Menurut Rainer, apa yang terjadi bukanlah disengajakan dan manusia bukan mangsa semula jadi kepada ikan paus tersebut bagaimanapun dia mengakui tidak mahu melalui sekali lagi pengalaman itu.

Ikan paus Bryde biasanya boleh membesar diantara 40-55 kaki dan biasa ditemui di Lautan Atlantik, India dan Pasifik.

Kebiasannya, ikan paus ini mampu menyelam pada kedalaman sehingga 300 meter dan kulit bewarna kelabu gelap.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oCDkqI-CPm8]

 

Sumber: Daily Mail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.