Siakap Keli

“Aku Bersyukur Punyai Isteri Sepertinya” Isteri Hadiahkan Suami RM 734.00 Dan Cuti Sebab Kerja Keras

Ada pepatah yang mengatakan bahawa ‘satu kampung’ diperlukan untuk menjaga anak kecil. Jadi bayangkan betapa beratnya tanggungjawab untuk membesarkan seorang anak.

Malah, dalam sebuah perkahwinan amat digalakkan untuk suami dan isteri bekerjasama dalam segala hal termasuk urusan penjagaan anak.

Saling melengkapi antara satu sama lain, seorang memasak, seorang lagi membasuh. Bukankah semua urusan akan lebih mudah jika dilakukan oleh dua individu bersama? Apatah lagi bila ‘pekerjaan’ yang dilakukan itu bakal diberikan ganjaran tanda dihargai.

Satu kejadian romantik di Jepun telah tular apabila seorang isteri yang memberikan nota serta wang 20,000 yen (RM 734.00) dan cuti agar si suami dapat menggunakan wang hadiah tersebut.

Gambar : Asiaone.com

Pasangan dari Jepun itu telah berkahwin pada tahun 2017 dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Ogos tahun lalu.

Dengan ‘kedatangan’ si kecil itu nyata telah mengubah seluruh kehidupan dan menambah tanggungjawab pasangan terbabit.

Walau bagaimanpun, pada 4 Mac lalu, suami (hiroto) telah memuatnaik di laman Twitternya sebuah foto ‘kejutan’ dari isterinya. Di post berkenaan tertulis perkataan Jepun “Kansha” yang bermaksud penghargaan.

Terdapat juga beberapa keping wang dan sehelai nota.

Gambar : Asiaone.com

Dalam nota itu tertulis

“Hadiah untukmu : Satu hari cuti”

“Pilih satu hari (hari apa pun tidak mengapa) dan beritahu aku”

“Gunakan sahaja wang itu untuk beli apa yang kau suka (kolam air panas atau makan, terserah padamu)”

“Balik rumah sekiranya kau sudah bersedia (Cuma jangan terlalu lewat”

“Pada hari tersebut, sekiranya kau berada di rumah, kau tidak perlu melakukan apa pun”

Isteri Hiroto mengakhiri nota tersebut dengan mengucapkan terima kasih atas usahanya.

“Ini adalah hadiah untuk kau yang selalu menjadi seorang bapa yang selalu bekerja keras setiap hari. Terima kasih,”

Hiroto turut memuat naik post di twitternya

“Aku bersyukur mempunyai isteri sepertinya! Nak pergi menikmati hari cutiku!”

Sumber : Asiaone.com

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Editor: Nur Farra

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di