Siakap Keli

Orkestra Guna Sayur Tersenarai Dalam Guinness World Record

Selalu kita tonton di kaca Televisyen, kumpulan orkestra yang membuat persembahan secara beramai-ramai dengan memakai sut sambil memainkan pelbagai jenis alatan muzik.

Alunan lagu diselarikan dengan petikan gitar, geselan biola mahupun tiupan seruling, semuanya ‘tampak’ sempurna bersatu dengan harmoni.

Gambar Hiasan

Orkestra didefinisikan sebagai kumpulan muzik yang kebanyakannya menggunakan alat muzik bertali, muzik tiupan dan muzik genderang (bergendang).

Sebuah orkestra dianggarkan mempunyai 80 sehingga 100 orang ahli dan digelar sebagai “orkestra simfoni” atau “orkestra filharmonik”.

Istilah tersebut berasal dari bahasa Yunani kuno yang dikhaskan untuk penyanyi koir. Ia merupakan persembahan muzik yang  popular di abad ke 18 dan 19 termasuk di Malaysia.

Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, minat terhadap persembahan tersebut mula beralih ke ‘genre’ yang lain.

Alat Muzik Orkestra Dari Sayur-Sayuran

Mungkin biasa bagi pemain muzik menggunakan alatan dari kayu atau besi, namun bagaimana pula dengan sayur-sayuran?

Ya, jangan terkejut!

Orkestra dari Vienna, Austria ini membuat sendiri peralatan muzik mereka dari sayur-sayuran segar di pasar.

Gambar : Martlab.com

Malah mereka telah membuat lebih dari 300 buah persembahan di seluruh duni. Kumpulan tersebut mempersembahkan berbagai jenis muzik dari klasik sehingga ke techno dengan hanya menggunakan timun, kubis, lobak putih dan sayuran lain.

Gambar : Womex

Kumpulan ini juga telah mengeluarkan album keempat selapas album ‘Krautfunding’ (Kumpulan Herba) yang membuktikan bahawa sayur bukan hanya untuk dimakan tetapi untuk dijadikan muzik.

Gambar : Womex

Setiap keputusan dan tindakan mempunyai risiko. Alat muzik tradisional yang lain mungkin mampu bertahan bertahun-tahun lamanya, tetapi bukan alat yang diperbuat dari sayur-sayuran.

Oleh itu, kumpulan tersebut terpaksa membuat semula alat muzik setiap kali mahu membuat persembahan.

Gambar : BBC

Kumpulan ini juga telah tersenarai di Guinness World Records sebagai ‘Konsert Kumpulan Orkestra Terbanyak yang Menggunakan Sayuran’.

“Mungkin pada mulanya ramai yang mengganggap kami cuba membuat lawak ketika menggunakan alat muzik dari sayur-sayuran.”

“Tetapi pada akhirnya mereka sendiri sedar bahawa sayuran mempunyai banyak potensi sonik dan mampu menghasilkan muzik yang menarik”

Sumber : BBC.com

fildza Zainal

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di