Siakap Keli

Perginya Sariah Ali, Wanita Pertama Sertai PDRM

Nama Sariah Ali pernah menjadi sebutan sebelum ini oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana beliau merupakan wanita terawal yang menyertai pasukan berkuasa tersebut pada tahun 1982.

November lalu, lawatan kebajikan telah dijalankan oleh pihak PDRM dalam memastikan bekas-bekas anggota yang pernah berkhidmat dibawah organisasi itu terjaga.

DOWN MEMORY LANE: Konstabel Wanita Terawal Sertai PDRM

WPC 145 Konstabel Sariah Ali merupakan antara polis wanita pertama yang terpilih menyarung uniform pasukan keramat ini atas semangat yang berkobar-kobar ingin berbakti kepada negara tercinta.

Sebelum secara rasmi bergelar anggota polis, Konstabel Sariah telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1956 dan mula bertugas di Cawangan Trafik Kuala Lumpur sejurus menamatkan latihan.

Beliau telah bertugas di Balai Polis Teluk Anson sebelum menjalani bersara wajib pada tahun 1982 selepas 25 tahun berkhidmat di dalam pasukan. Meskipun kini sudah mencapai usia 84 tahun, Puan Sariah masih berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama tujuh orang anak, 23 orang cucu dan sembilan cicit.

#DownMemoryLane
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

KONSTABEL SARIAH ALI, WANITA TERAWAL SERTAI PDRM TERIMA LAWATAN KEBAJIKAN

Kuala Lumpur, 11 November 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Unit Kebajikan Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) telah membuat lawatan kebajikan dengan mengunjungi Puan Sariah Ali, pesara polis wanita di kediaman beliau di Taman Cecily, Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Komander Briged Utara, SAC Mohd Shahar Ibrahim bersama Pengerusi PERKEP Briged Utara, Puan Hasna Ariffin itu turut disertai oleh para pegawai kanan, anggota dan ahli-ahli PERKEP.

 

Menyingkap kembali sejarah beliau sebagai anggota polis, WPC 145 Konstabel Sariah Ali merupakan antara polis wanita pertama yang terpilih menyarung uniform pasukan keramat ini atas semangat yang berkobar-kobar ingin berbakti kepada negara tercinta.

Sebelum secara rasmi bergelar anggota polis, Konstabel Sariah telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 1 Julai 1956 dan mula bertugas di Cawangan Trafik Kuala Lumsejurus menamatkan latihan.

Beliau telah bertugas di Balai Polis Teluk Anson sebelum menjalani bersara wajib pada tahun 1982 selepas 25 tahun berkhidmat di dalam pasukan.

 

Meskipun kini sudah mencapai usia 84 tahun, Puan Sariah masih berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama tujuh orang anak, 23 orang cucu dan sembilan cicit. Beliau telah kehilangan suami yang juga anggota polis, Sarjan Kamarudin Mohd Nordin dan seorang anak.

Lawatan lebih satu jam itu turut diserikan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Razif Abdul Rahim agar ia diberkati dan dirahmati olehNya.

Walau bagaimanapun, Isnin lalu mereka dikejutkan dengan kepergian wirawati ini di kediamannya di Teluk Intan Perak.

Kehilangan Sariah Ali memberi tamparan hebat pihak PDRM kerana beliau adalah antara bekas anggota yang telah banyak menabur jasa kepada pasukan sejak lebih 30 tahun lalu.

AL-FATIHAH: PERGINYA BEKAS ANGGOTA POLIS WANITA TERAWAL PDRM KE RAHMATULLAH

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota Polis wanita terawal PDRM, WPC 145 Konstabel Sariah Ali ke rahmatullah pada jam 2.10 petang tadi kerana sakit tua di kediamannya dekat Teluk Intan, Perak.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan kerana beliau ibarat permata yang begitu berharga dalam PDRM.

Semoga roh Allahyarhamah WPC 145 Konstabel Sariah Ali dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.

“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Al-Fatihah.

Takziah diucapkan kepada keluarganya, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Selamat tinggal wanita terhebat.

Sumber: PDRM

Nur Farra