Siakap Keli

Siapa Sangka Ini 1001 Khasiat Bawang Putih Dan Madu Untuh Tubuh Badan

Bawang putih bukanlah sesuatu yang asing dalam masakan orang asia terutamanya masyarakat Melayu. Selain menaikkan bau, bawang putih juga menambah rasa dalam masakan. Banyak khasiat dan manfaat yang boleh kita dapati hanya dengan memakan seulas bawang putih. Kaedah memakan bawang putih ini boleh dikatakan sebagai salah satu cara tradisional dalam merawat masalah kesihatan.

sumber: google

Selain dimakan seulas secara konsisten setiap pagi ketika perut kosong, bawang putih juga boleh dimakan bersama dengan madu dan boleh diselitkan di dalam telinga bagi ibu mengandung untuk memanaskan badan dan mengelakan dari masuk angin.

sumber: google

Kaedah penyediaan sangat mudah. Hanya dengan mengupas beberapa ulas bawang putih dan dimasukan di dalam balang bersama dengan madu. Balang tersebut disimpan ditempat yang gelap selama beberapa hari dan kemudianya baru boleh dimakan. Bawang putih itu boleh juga dicincang kecil selain direndam secara ulas.

sumber: google

Antara khasiat yang boleh didapati dari memakan bawang putih dan madu secara berlanjutan ialah dapat memulihkan penyakit kulit dengan membunuh kuman di dalam tubuh dan merawat kulit di bahagian luar seperti cagu, ketuat dan ekzema.

Khasiat lain ialah dapat menyingkirkan toksik, racun dan bahan berbahaya dari dalam tubuh badan. Dengan memakan bawang putih bersama dengan madu secara konsisten, ia mampu memulihkan cirit-birit dan sembelit selain membantu mengeluarkan asid urik dari dalam badan. Selain itu, ia juga dapat membantu memelihara hati dan membantu membakar toksik. Bawang putih campur madu ini juga dapat menyah sengatan racun, haiwan berbiasa seperti ular, kala jengking dan labah-labah. Ini juga baik untuk mereka yang keracunan makanan.

sumber: google

Bagi mereka yang ingin diet, bawang putih dan madu ini dapat membantu kembalikan berat badan ideal. Memakan bawang putih dan madu ini dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan selain menstabilkan tekanan darah dan degupan jantung. Selain itu, khasiat keduanya mampu merawat batuk dan selsema.

Sumber: Youtube

https://www.youtube.com/watch?v=7kkeg22pHMg&t=175s

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia