Siakap Keli
Noorazline Ridda

Suspek Kes Pencemaran Bahan Kimia Di Johor Dituduh Di Mahkamah Esok

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin dilaporkan berkata bahawa salah seorang daripada tiga suspek yang ditahan berhubung pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan dituduh di mahkamah esok.

Menurut laporan BERNAMA, sekurang-kurangnya 20 orang lagi pelajar di beberapa sekolah di sekitar Pasir Gudang dibawa ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, Pasir Gudang untuk rawatan kerana mengalami simptom sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai susulan pencemaran sisa kimia.

Noorazline Ridda

”Pencemaran mungkin merebak berikutan kerja pembersihan sungai belum selesai dan hujan pada 11 Mac menjadikannya lebih buruk,” kata beliau yang mengulas mengenai keadaan yang berlaku.

Katanya lagi, Jabatan Alam Sekitar sudahpun menggerakkan aset di seluruh negara termasuk alat pengesan gas dan disertai 100 pegawai ke lokasi terjejas bagi menangani penularan pencemaran ke kawasan lain.

Noorazline Ridda

Manakala kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri juga turut mengaktifkan jawatankuasa kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa itu yang bertujuan menyelaras dan memantau kejadian tumpahan bahan kimia yang berlaku.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.