Siakap Keli

“Anda Semua Memakai Topeng Yang Salah” – Doktor Rosli

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Minggu ini heboh diperkatakan tentang isu para pelajar di sebuah sekolah di kawasan Pasir Gudang yang dibawa ke hospital selepas mengalami simptom seperti muntah, pening dan ada yang sampai tidak sedarkan diri.

Semua itu dipercayai berpunca daripada sisa bahan kimia yang dibuang di sungai berdekatan.

Insiden itu juga melibatkan seorang pemandu ambulan, pekerja kantin dan guru dari sekolah berkenaan.

Gambar : Rosmini Mat Yaakub

34 Buah Sekolah Lagi Ditutup

Terbaru, sekitar 34 buah sekolah (Menengah dan Rendah) sekitar Pasir Gudang diarahkan untuk tutup serta-merta.

Apabila dikaitkan dengan pencemaran udara, pastinya semua orang (di kawasan tersebut) dinasihatkan untuk memakai topeng muka untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.

Oleh itu, seorang doktor kesihatan, Dr. Rosli Abd Jalil telah berkongsi di laman facebooknya bahawa topeng muka yang digunakan oleh para guru, pelajar dan masyarat sekitar adalah tidak sesuai.

Menurutnya

Gambar : Rosli Abdul Jalil

“Anda semua memakai topeng yang salah! “

Topeng muka (Ties on 3Ply mask)
dan Topeng muka N95

Topeng muka (Ties on 3Ply mask
Topeng Muka N95

“BUKAN untuk kegunaan ketika berlaku kebocoran gas atau pencemaran gas.”

Topeng tersebut hanya untuk mengelakkan habuk dan sesetengah kuman di udara
tetapi TIDAK DAPAT MENAPIS UDARA BERACUN!!

Maka sebab itulah petugas dan mangsa kejadian terus-menerus menghidapi gejala keracunan gas!

“Sila gunakan TOPENG GAS seperti dalam gambar untuk berhadapan dengan bencana ini.”

TOPENG GAS hanya boleh didapati di unit Bomba dan penyelamat (HAZMART Team) dan beberapa kilang kimia Benzene dan bahan kimia.

Kepada semua penyelamat, anda WAJIB menggunakan Topeng gas ini.
Kepada orang awam yang tiada Topeng Gas ini, inilah masanya anda patut keluar dari kawasan bencana secepat mungkin!

Sumber : Dr Rosli Abd Jalil

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.