Siakap Keli

“Dekat Malaysia ‘Food Truck’ Ni Orang Kaya Je Yang Mampu” Betul Ke Harga Makanan Di Food Truck Mahal?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perkembangan dalam industri makanan mendapat permintaan yang amat memberansangkan dan mendorongkan negara di serantau Asia khususnya seperti di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei untuk menggiatkan usaha dalam sektor ini.

Oleh sebab itu, para peniaga makanan semakin kreatif untuk menonjolkan perniagaan mereka. Mereka berinisiatif untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka secara fizikal (buka gerai) mahupun atas talian.

Selain dari menjanjikan pendapatan yang lumayan, bidang ini juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Gambar Hiasan

Dan dapat kita lihat sejak tahun 2017, peniaga giat menggunakan kenderaan seperti van dan trak untuk menjual makanan. Mungkin di luar negara ia sudah lama di ketengahkan, namun ia baru sahaja diaplikasikan di negara ini secara meluas.

Nyata perniagaan di atas trak ini atau lebih kerap disebut sebagai ‘food truck’ mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarat.

Gambar Hiasan

Menggunakan konsep, cepat, mudah dan berpatutan, food truck menjadi pilihan ramai untuk bersantai sambil menjamu selera.

Makanan yang dijual kebanyakannya jenis makanan segera dan cepat dihidang.

Walaubagaimana pun, baru-baru ini tular di laman Twitter yang menyatakan isu berkaitan dengan food truck.

Gambar : Reza Ir Amrey

Menurut Reza, Food truck di Malaysia berbeza kerana tidak mengamalkan konsep ‘Fast, easy and cheap’. Kicauan itu telah mendapat lebih 14,000 ulang kicau dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Lama Menunggu, Kuantiti Makanan Tak Sesuai Dengan Harga

Gambar : Reza Ir Amrey

Sepatutnya Harga Makanan Lebih Murah

Gambar : Reza Ir Amrey

Harga yang di tawarkan sama seperti di tempat eksklusif

Gambar : Reza Ir Amrey

Ada Yang Menjelaskan Kenapa Harga Makanan Dalam Trak Lebih Mahal

Gambar : Reza Ir Amrey

Salah seorang pengguna Twitter juga telah menyatakan bahawa perkara tersebut berkemungkinan disebabkan oleh kos maintenance.

Bukan berniat untuk menyekat rezeki sesiapa namun sesetengah peniaga perlu bersikap terbuka dan perlu mencari cara untuk memberi nilai tambah kepada makanan yang dijual.

Moga semua operator food truck akan menambah kualiti makanan dan juga sistem beli dan masak yang lebih cekap selepas ini untuk kepuasan semua pelanggan.

Sumber : Reza Ir Amrey

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.