Siakap Keli

Facebook, Instagram, Whatsapp Dan Massenger Mengalami Gangguan Terburuk di Sebahagian Besar Dunia

Pengguna laman sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram mendapati bahawa mereka tidak dapat mengakses aplikasi tersebut hampir di beberapa kawasan di seluruh Dunia.

Gangguan tersebut bermula sejak semalam (13 mac). Namun, punca utama yang menyebabkan kejadian tersebut masih belum dikenal pasti.

California, antara kawasan yang mempunyai penduduk paling ramai, mencatatkan jumlah pengguna lebih dari 2 billion mengakui bahawa mereka tidak dapat mengakses laman Instagram mahupun Facebook.

Gambar Hiasan

Lantas, pengguna medium Twitter menggunakan kesempatan tersebut untuk membuat rungutan dengan tanda palang #FacebookDown #InstagramDown.

Gambar : Downdetector.com

Sebuah laman web melaporkan gangguan Facebook terburuk berlaku di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Australia. Malah ada pengguna yang mengatakan bahawa keempat-empat aplikasi besar iaitu Facebook, Massenger, Whatsapp dan Instagram gagal untuk digunakan.

Gambar : Channel News Asia

Di samping itu, Pihak Instagram dan Facebook juga telah memberi maklum balas mengenai isu terbabit di laman Twitternya.

“Kami menyedari bahawa sesetengah pihak sedang menghadapi masalah mengakses aplikasi Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.”

Selang beberapa minit kemudian, Facebook memuat naik post lagi di laman Twitternya,

“Kami memberi tumpuan penuh untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin, tetapi boleh mengesahkan bahawa isu itu tidak berkaitan dengan serangan DDoS”

Facebook menyatakan keprihatinan mereka terhadap isu tersebut sekaligus menafikan tuduhan orang awam yang menyatakan  bahawa kejadian berkenaan terjadi disebabkan oleh DDos (serangan siber).

Sumber : Channel News Asia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.